PETRON BLAZE RACING HTP - FORMULASI PERLINDUNGAN TERBAIK UNTUK ENJIN KERETA ANDA!

oleh Firdaus Razani|
Mencari kereta yang selamat untuk seisi keluarga bukan lagi satu pilihan, ia sudah semestinya menjadi satu kewajipan bagi anda sebagai ketua keluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, kereta yang sarat dengan ciri keselamatan termaju tidak akan berguna sekiranya anda mengabaikan penjagaan yang sempurna terhadap aspek yang paling penting - enjin.

Ya, sama seperti kita menjaga kesihatan diri, enjin juga mempunyai tahap kesihatan yang perlu kita kekalkan, supaya ia kekal bertenaga dan dapat beroperasi dengan cemerlang sepanjang masa.

Aspek yang paling utama dalam penjagaan kesihatan enjin sudah pasti terletak pada pemilihan minyak pelincir yang bersesuaian.

Tugas minyak enjin ini adalah untuk memberikan pelinciran yang bersesuaian, mengurangkan geseran komponen enjin, sekali gus memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan kesan lusuh pada komponen enjin.

Mencari minyak enjin yang bersesuaian juga bukan mudah.

Ini kerana tugas minyak enjin ini bukan sekadar menawarkan perlindungan terulung untuk jangka hayat yang lama dan memastikan prestasi enjin yang optimum, ia juga perlu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.

Usah pening kepala, kerana ciri-ciri tersebut kini wujud pada Petron Blaze Racing Engine Oil.

Minyak pelincir Petron Blaze Racing ini diformulasikan dengan TS3 (Thermal Stress Stabilizing System), teknologi aditif unik yang mampu menawarkan:

 

1. Perlindungan enjin yang terulung

Petron Blaze Racing Engine Oils mampu melindungi dan mengekalkan suhu operasi enjin pada tahap yang ideal terutama pada suhu dan keadaan pemanduan yang ektrem.

 

2. Prestasi enjin optimum

Dengan Petron Blaze Racing Engine Oils, enjin anda mampu menawarkan prestasi yang optimum, dengan kadar kecekapan dan kuasa yang maksimum kesan daripada kadar geseran yang rendah.

 

3. Pengalaman pemanduan yang lebih lancar

Kesan daripada dua manfaat di atas, enjin kenderaan anda akan kekal dilindungi dan mampu menawarkan prestasi yang optimum, menjadikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar tanpa masalah.

Seperti mana setiap ahli keluarga berhak mendapatkan perlindungan terbaik, enjin kereta anda juga sememangnya perlukan perlindungan yang lebih berkesan untuk tahan lebih lama.

Dengan teknologi dan pengalaman Petron yang telah terbukti sekian lama, minyak pelincir Petron Blaze Racing Oils mampu menawarkan nilai terbaik untuk setiap wang ringgit yang anda belanjakan.

Minyak pelincir Petron Blaze Racing Oils ini bukan sahaja boleh didapati di semua stesen minyak dan bengkel Petron, anda juga boleh membeli sendiri minyak pelincir terunggul ini di kedai dalam talian rasmi Petron di Shopee dan Lazada.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…
Berita Domestik
Sebanyak lebih kurang 50 kotak pakaian baharu dan terpakai, selimut, tuala, telekung dan sejadah,…