Petron Malaysia sumbang peralatan perlindungan diri (PPE) di tujuh negeri

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk memastikan Malaysia mampu menangani wabak COVID-19, Petron Malaysia telah menjalankan tanggungjawab korporat sosial dengan mendermakan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas baris hadapan di beberapa buah hospital di seluruh negara.

Antara hospital yang telah menerima bantuan PPE termasuklah Hospital Selayang, Hospital Sg. Buloh, Hospital Ampang, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, Hospital Tengku Ampuan, Hospital Queen Elizabeth, Women’s and Children’s Hospital, Hospital Tawau dan MedtweetMy.  

Sumbangan Petron terdiri daripada 1,200 gaun hospital, 30,000 pelitup muka, 60,000 unit sarung tangan dan 2,100 buah pelindung kasut.

Menurut Pengurus Besar Petron, Faridah Ali berkata, "ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan untuk para petugas baris hadapan, serta tanda penghargaan Petron Malaysia terhadap tugas serta pengorbanan yang diberikan bagi membendung COVID-19.

 


Petron juga bekerjasama dengan badan NGO MERCY Malaysia untuk membekalkan peralatan perubatan dan sokongan terhadap komuniti di Malaysia, serta menyumbang 10 kad PMiles bernilai RM500 setiap satu untuk memudahkan urusan penghantaran.

Dato' Dr. Ahmad Faizal Perdaus, Presiden MERCY Malaysia melahirkan ucapan penghargaan buat Petron Malaysia atas sumbangan peralatan perubatan yang mengalami kekurangan bekalan pada ketika ini.

"Kami berasa amat teruja menerima bantuan daripada Petron Malaysia, dan ia memberikan motivasi untuk bekerja lebih keras bagi melawan COVID-19," ujar Dato' Dr. Ahmad Faizal Perdaus.

 


Bagi menunjukkan solidariti, rakan kongsi Petron, pengurus stesen minyak, serta pengedar pelincir dan LPG turut sama menghulurkan tangan membantu sejak dari awal penularan wabak COVID-19.

"Kami menghargai usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pengedar kami yang telah mendermakan makanan, air mineral, PPE, pakaian dan juga wang tunai.

"Sumbangan mereka sudah pasti memberikan impak kepada komuniti setempat," ujar Faridah lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…
Berita Domestik
Kempen ini dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato' Sri Nancy Shukri dan…
Berita Domestik
Menurut Faridah Ali selaku Pengurus Besar Petron Malaysia berkata, "kami berasa gembira dapat…