Petron Malaysia untung RM42 juta, peningkatan 45% untuk suku keempat 2020

oleh SALINA JALIL|
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd merekodkan keuntungan bersih RM42 juta pada suku keempat 2020, meningkat 45 peratus daripada RM29 juta pada suku sama tahun sebelumnya.


Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, jumlah jualan pada suku keempat 2020, bagaimanapun, masih rendah berbanding suku sama 2019 ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang membataskan pergerakan dan aktiviti ekonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Syarikat, katanya, menjual 6.8 juta tong pada suku dikaji berbanding 9.2 juta tong yang dijual pada tahun sebelumnya.

 

"Pendapatan syarikat bagi suku dikaji menyusut 48 peratus kepada RM1.5 billion daripada RM2.9 billion pada tahun 2019," katanya.

 

Ia berkata, Petron Malaysia terus melaksanakan penjimatan kos, di mana ia berjaya mengurangkan pebelanjaan operasinya sebanyak 12 peratus atau RM8 juta pada suku keempat.

 

"Penjimatan tahunan syarikat telah mencecah RM31 juta yang bersamaan dengan 11 peratus penjimatan perbelanjaan operasi (OPEX).

 

"Keputusan positif yang dicatatkan pada dua suku terakhir tahun 2020 membantu mengurangkan kerugian bersih Petron pada tahun ini kepada RM13 juta, sekali gus mengurangkan impak negatif semasa perintah berkurung yang dilaksanakan ekoran pandemik pada separuh pertama tahun lalu," katanya.

 

Pengerusi Petron Malaysia, Ramon S. Ang, berkata berhadapan dengan pelbagai kekangan, termasuk krisis yang tidak pernah berlaku sebelumnya, telah mendorong pihaknya untuk mengkaji semula pelan dan strategi pada 2020.

 

"Kami sedang beransur pulih daripada impak COVID-19 dan kami yakin akan bangkit daripada tempoh kesukaran sementara ini.

 

"Komitmen kami untuk terus memacu perkembangan dan pemulihan kekal kukuh di mana kita terus bersama Malaysia dalam usaha pemulihan negara," katanya.

 

Tambahnya, di sebalik persekitaran perniagaan yang mencabar, pihaknya bersama syarikat sekutunya telah membuka stesen baharu, menjadikan jumlah stesen kumpulan kepada 720 stesen pada 2020.

 

"Dalam fokus kami untuk mencapai pemulihan kewangan, usaha untuk perluaskan jaringan runcit, peningkatan kemampuan kilang dan kecekapan operasi tetap menjadi keutamaan.

 

"Kami akan meneruskan usaha dalam memberikan pertumbuhan jangka masa panjang dan nilai terbaik kepada pelanggan dan pihak berkepentingan," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran…
Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…