PETRON, PDRM, JPJ ANJUR KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA AIDILFITRI

oleh Firdaus Razani|
Petron Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh, dan snskidz baru-baru ini menjayakan sebuah program keselamatan jalan raya bersempena Hari Raya Aidilfitri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran bahawa jumlah kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya kini terus meningkat di Malaysia.

Ketua Perniagaan Runcit di Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek berkata "Petron Malaysia amat mengambil berat tentang keselamatan jalan raya dan bekerjasama dengan pihak PDRM dan JPJ sebagai rakan strategik untuk mempromosikan program keselamatan.

 

PETRON

 

“Kami berharap dengan menekankan langkah-langkah keselamatan yang penting yang sering diabaikan, seperti mengambil rehat yang mencukupi semasa memandu jauh, dapat mengelakkan lebih banyak kemalangan jalan raya,”katanya.

Pada 4 April lalu, Petron Malaysia telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang  julung kalinya di Petron MRR2 Safari.

Majlis itu telah mendapat sokongan daripada PDRM dan JPJ, dalam menunjukkan komitmen padu kerajaan dalam mengutamakan keselamatan jalan raya.

Petron Malaysia juga menjalankan pengaktifan aktiviti yang sama secara serentak di dua buah stesen minyak Petron yang lain, iaitu di Petron Bukit Lanjan Arah Utara dan Petron Sg. Besi Tol Arah Selatan, .

Petron turut sama menyumbang lebih daripada 100 pek 1 liter minyak hitam motosikal Petron kepada pelanggan Petron P-Miles di ketiga-tiga stesen minyak.

 

PETRON

 

Ketua Polis Selangor, Komisioner Polis Datuk Hussein Omar Khan “Saya menggesa masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya, terutamanya dengan  peningkatan aliran trafik pada musim perayaan ini.

“Objektif ini sejajar dengan pelaksanaan Op Selamat 22 oleh PDRM sempena sambutan Aidilfitri yang bermula dari 8 April hingga 13 April 2024 bagi memastikan masyarakat sampai ke destinasi dengan selamat semasa perjalanan balik ke kampung.”katanya.

 

PETRON

 

Semasa majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Petron MRR2 Safari diadakan, JPJ turut sama menyumbangkan topi keledar motosikal bagi menekankan tentang kepentingan penggunaan topi keledar untuk  penunggang motosikal.

snskidz pula bekerjasama dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), bersama dengan Child Occupant Safety Instructor (COSI) yang terlatih untuk menjalankan pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma.

 

PETRON

 

Ini adalah bagi memastikan setiap kanak-kanak berada  di tempat duduk kereta yang sesuai.

snskidz juga menyumbang kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma kepada ibu bapa yang memerlukannya dan berkongsi maklumat penting dalam penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Dengan komitmennya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan komunitinya, Petron akan terus menggunakan  jangkauannya yang luas untuk membawa kesedaran keselamatan jalan raya kepada orang ramai.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…
Berita Domestik
Sebagai syarikat minyak pertama yang bekerjasama dengan PDRM, Petron kini mempunyai lebih 760…