Petron tidak lagi kenakan caj RM200 untuk pembayaran MyDebit dan kad ATM

oleh Mohamad Hanif|
Bermula hari ini, Petron Malaysia tidak lagi mengenakan caj pra-kebenaran RM200 terutama ketika pengguna membayar menggunakan MyDebit dan juga kad ATM di stesen minyak.

Dengan pelancaran "FUEL-Yoooh MyDebit Je with your ATM Card!", Petron berkerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan pembayaran menggunakan kad ATM tanpa perlu risau caj pra-kebenaran ditolak dari baki akaun.

Kempen tersebut berlangsung di Petron Bandar Baru Kulim dan dirasmikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Menurut Peter Schiesser, CEO Paynet yang mengoperasikan MyDebit menjelaskan, "para pelanggan kini tidak perlu risau untuk menggunakan perkhidmatan MyDebit, hanya amaun transaksi sahaja yang akan ditolak ketika sedang mengisi minyak. 

"Sekiranya terdapat lebihan, baki tersebut akan dikembalikan semula serta-merta selepas proses pengisian bahan api selesai," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Paynet dan Petron Malaysia melancarkan kempen bagi memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia yang mengisi bahan api menggunakan kad ATM. 

Setiap pembelian bahan api minimum RM5 dari tempoh 12 Disember 2019 sehingga 13 Mac 2020 akan melayakkan pengguna untuk menyertai peraduan memenangi 84 hadiah termasuklah dua hadiah utama berupa SUV Proton X70 dan 4 kad Petron Gift bernilai RM500. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…
Berita Domestik
Kempen ini dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato' Sri Nancy Shukri dan…
Berita Domestik
Menurut Faridah Ali selaku Pengurus Besar Petron Malaysia berkata, "kami berasa gembira dapat…