Sebanyak 100 pasukan peminat pemanduan esktrem 4x4 telah cuba mengatasi halangan-halangan seperti membina jambatan untuk menyeberangi sungai, bukit, paya, kolam lumpur, menurun bukit dan banyak lagi.
Ekspedisi kedua ini telah bermula sejak tahun 2017 dan telah berakhir di Gua Musang, Kelantan selepas tujuh hari yang mencabar dan memenatkan. Cabaran ketahanan ini telah bermula di Kota Bharu pada 14 Julai.
“Rainforest Trophy telah menunjukkan aksi yang terbaik daripada peserta-peserta untuk bersatu mendalami minat mereka terhadap aktiviti luar yang sangat lasak. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini yang sangat menyeronokkan dan mencabar, dan kami memuji semua pasukan untuk kemahiran dan semangat yang sememangnya luar biasa,” kata Faridah Ali, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia.
Para peserta membuat hentian pit di stesen-stesen minyak Petron yang terdapat sepanjang jalan ke Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Krai. Satu anugerah khas untuk ‘Semangat Berpasukan Terbaik’ telah dipilih oleh para peserta dan pasukan media yang dianugerahkan di upacara penutup di Gua Musang pada 20 Julai.
Di sepanjang pemanduan, pemandu off-roader dan peminat pengembara juga diberi peluang untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan bantuan di Pos Gob, sebuah Kampung Orang Asli yang terletak paling jauh di Kelantan dari 18 hingga 20 Julai. Para peserta telah memasang tiang gol di padang, mengecat madrasah, dan membaiki dewan serbaguna penduduk kampung tersebut.
Dalam musim Rainforest Challenge 2018 baharu yang akan bermula pada bulan November ini, Petron Turbo Diesel Euro 5 akan terus menaja acara 4x4 utama yang diadakan secara eksklusif di Malaysia. Dikenali sebagai salah satu daripada sepuluh perlumbaan motor yang paling sukar di dunia, Rainforest Challenge 2018 merupakan perlumbaan lasak yang direka untuk orang-orang yang paling berani bersama jentera mereka di hutan hujan yang tebal di Malaysia. Dengan minyak TriAction Advantage, pasukan-pasukan bersiap sedia untuk pengembaraan off-road yang hebat.
Petron Turbo Diesel Euro 5 yang berteknologi tinggi merupakan satu-satunya diesel mesra alam sekitar dengan kuasa 'turbo' di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan tindakan pembersihan yang cemerlang tetapi juga telah dirumuskan untuk menahan haba dan tekanan tinggi yang melampau. Turbo Diesel Euro 5 kini boleh didapati di 132 stesen minyak Petron di seluruh Semenanjung Malaysia.