PETRONAS bakal pasang fasiliti pengecasan pantas DC di stesen minyak 1H 2022

oleh Mohamad Hanif|
Petronas Dagangan Berhad telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Mercedes-Benz Malaysia dan EV Connection Sdn Bh selaku pengendali jaringan JomCharge di Malaysia untuk memasang pengecas pantas DC di stesen minyak PETRONAS menjelang separuh pertama tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk permulaan, PDB akan memasang stesen pengecasan pantas di lima buah stesen minyak PETRONAS di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan dan sebahagian daripada laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Menurut naib presiden pemasaran PETRONAS Ahmad Adly Alias berkata, PDB telah membekalkan fasiliti pengecasan EV di stesen minyaknya sejak tahun 2017, dan salah satu peluang yang dikenalpasti adalah permintaan terhadap pengecasan yang lebih pantas untuk perjalanan jarak jauh, terutama di lebuh raya utama.
 

MB


Sementara itu, naib presiden jualan dan pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Michael Jopp berkata, tahun 2022 merupakan tahun permulaan bagi strategi model Mercedes-EQ.

"Mercedes-Benz Malaysia akan memperkenalkan barisan model premium berkuasa elektrik yang mampu mendefinisikan semula masa depan mobiliti di sini, selari dengan strategi global Mercedes-Benz untuk beralih kepada elektrik sepenuhnya menjelang akhir dekad ini.

Berita penuh di The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…