Petronas bina stesen petrol di lima universiti

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petronas Dagangan Berhad akan melabur sebanyak RM50 juta bagi membuka stesen minyak di lima universiti tempatan.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO syarikat petroliam nasional itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, perancangan itu selaras dengan usaha Petronas untuk membina skil perniagaan di kalangan penuntut di universiti dan juga untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan baharu di kalangan golongan muda.

"Saya lihat ramai warga Malaysia yang mempunyai bakat perniagaan tetapi tidak mendapat platform yang baik. Petronas kali ini mahu membekalkan tapak yang baik untuk para pelajar agar menjadi lebih kreatif," ujar beliau.

Lima universiti yang terbabit itu ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

"Setiap satu stesen itu akan mengambil kos antara RM5-10 juta untuk dibina dan mengambil masa dalam masa setahun atau paling lama, 18 bulan."

"Setiap stesen itu akan diselia oleh pihak universiti sendiri dan mereka boleh menggunakan ruang yang ada untuk perniagaan mereka," terang Syed Zainal.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…