PETRONAS bukan lagi penaja utama Sepang Racing Team

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun 2022, syarikat petroleum negara PETRONAS akan menarik diri daripada menjadi penaja utama pasukan perlumbaan Sepang Racing Team.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Laporan terbaharu daripada Motorsport turut menyebut bermula tahun hadapan, pasukan SRT hanya akan menumpukan perhatian kepada kelas perlumbaan MotoGP, sementara pasukan Moto2 dan Moto3 akan digugurkan.

Difahamkan, pembubaran pasukan Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha untuk melindungi projek MotoGP.

Laporan itu turut menyebut Yamaha telah mengadakan semula perbincangan dengan menawarkan dua jentera 'B-Spec' M1 untuk saingan MotoGP 2022, berbanding penawaran dua spesifikasi yang berbeza diguna pakai pada musim ini.

Dengan pembubaran pasukan Moto2 dan Moto3, agak sukar untuk bakat-bakat baharu (terutama pelumba tempatan) untuk digilap potensinya sebelum diserapkan ke pasukan utama MotoGP.

Sumber: Motorsport

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama ini menggabungkan kepakaran dan kekuatan operasi PETRONAS Dagangan melalui anak syarikat…
Berita Domestik
Keputusan itu dimaklumkan oleh pihak PETRONAS kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,…
Berita Domestik
“Kerajaan berpandangan bahawa penggunaan NGV harus ditentukan berdasarkan pasaran tanpa campur…