PETRONAS dilapor berminat memohon lesen bank digital di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) merupakan antara syarikat bukan berasaskan kewangan yang dilaporkan berminat untuk menceburi bidang bank digital di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada The Edge Markets, selain daripada PETRONAS, beberapa syarikat lain turut berminat untuk mendapatkan lesen bank digital daripada Bank Negara Malaysia, seperti contoh Sea Ltd, Grab Holdings Inc, Sunway Bhd dan YTL Corp.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia menyediakan sehingga lima lesen bank digital yang akan dikeluarkan menjelang tahun 2022, dengan bidaan terhadap lesen itu bakal ditutup pada 30 Jun ini.

PETRONAS dilaporkan sedang meneroka terhadap perbankan digital Islamik dengan bekerjasama bersama salah satu institusi kewangan.

Sementara itu, negara jiran Singapura pada Disember lalu telah menganugerahkan lesen perbankan digital kepada Grab, Sea, Ant Group Co Ltd dan konsortium Greenland Financial Holding Group.

Sumber: The Edge Markets

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…