Petronas lancar pelincir premium Tutela di Brazil

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Petronas Lubricants International telah melancarkan siri produk pelincir baharu yang direka khusus untuk melindungi komponen-komponen "driveline" kenderaan.

Komponen-komponen "driveline" ini dipanggil "Hidden Heroes" oleh Petronas Lubricants International (PLI) dan ia merujuk kepada sistem transmisi, brek, penyejukan, bearing dan hidraulik. 

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO untuk PLI, Giuseppe D’Arrigo, Petronas memberikan tumpuan kepada komponen-komponen Hidden Heroes kerana untuk memastikan prestasi kenderaan di dalam keadaan paling optimum, semua sistem dan komponen perlu dipastikan dalam keadaaan optimum.

 

 

Teknologi bendalir pada pelincir Tutela ini menggunakan teknologi yang sama dengan pelincir yang digunakan pada kereta lumba Lewis Hamilton, juara FIA Formula 1.

Petronas Tutela dihasilkan khusus untuk kenderaan komersil ringan dan berat, kenderaan penumpang dan juga kelengkapan industri.

Ia direka dan diuji di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global Petronas di Turin, Itali.

Untuk masa sekarang, tidak dapat dipastikan lagi samada produk ini akan diperkenalkan di pasaran Malaysia atau tidak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…