PETRONAS Lubricants International anjur sesi perkongsian dengan Despark International College

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Dalam perkongsian berkenaan pembentukan graduan sedia industri kali ketiga, ianya disertai Jurutera Bendalir Trackside PETRONAS, Dr Safwan Hanis bagi mendekati lebih 100 pelajar di Despark International College.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PETRONAS Lubricants International dengan kerjasama Despark International College telah merangka sesi perkongsian bersama Dr Safwan dengan satu objektif iaitu untuk memupuk semangat dan membentuk graduan sedia industri.

Melalui perkongsian itu, para pelajar memperoleh maklumat tentang industri automotif sambil belajar tentang pengalaman Dr Safwan sebagai Jurutera Bendalir Trackside PETRONAS yang berperanan memberi sokongan teknikal kepada Pasukan Formula One (F1) Mercedes-AMG PETRONAS.

 

pli

 

Selain itu, peranan beliau sebagai Jurutera Bendalir Trackside PETRONAS adalah menganalisis bahan api PETRONAS Primax, minyak enjin PETRONAS Syntium dan PETRONAS Tutela Fluid yang digunakan dalam kereta F1 sebelum dan selepas perlumbaan.

Dr Safwan berkata, “Saya amat bertuah kerana telah menjadi sebahagian daripada Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS. Menjadi sebahagian daripada pasukan telah memberikan pengalaman pembelajaran yang hebat untuk saya, dan saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama pelajar Despark International College."

"Saya berharap dapat memberi inspirasi dan memperkasakan bakat golongan muda terutamanya yang mempunyai minat tinggi dalam industri automotif bagi meneruskan minat dan kepercayaan dalam kebolehan mereka untuk cemerlang dan pergi lebih jauh dalam industri.”

 

pli

 

Ini merupakan kali pertama sesi perkongsian tersebut dilakukan secara bersemuka, sebelum ini 2 sesi pertama diadakan secara maya akibat wabak pandemik Covid 19 yang melanda dunia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
Minyak enjin premium sintetik penuh dengan spesifikasi perlumbaan ini direka khusus, diuji dan…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo, berkata pandemik…