PETRONAS perkenal entiti baharu Gentari

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat PETRONAS baru-baru ini memperkenalkan entiti baharu Gentari sebagai cabang mobiliti hijau bagi mempercepatkan penggunaan dan pengkomersilan tenaga bersih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gentari sebelum ini dikenali sebagai PETRONAS Gas and New Energy Sdn Bhd, di mana perkataan Gentari itu diambil daripada perkataan Inggeris To Generate dan perkataan Melayu Lestari.

Menurut Pengerusi Gentari, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Gentari akan menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih untuk memnuhi keperluan dan aspirasi karbon rendah Malaysia, serta pelanggannya di dalam dan luar negara.

Dengan adanya Gentari, PETRONAS berhasrat untuk merebut peluang di dalam menyediakan penyelesaian dan sistem mampu milik yang boleh diakses dengan mendayakan skala pengeluaran dan ketersediaan infrastruktur.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Gentari berhasrat untuk membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui 30 hingga 40 gigawatt (GW), khususnya dalam solar dengan peluang tambahan dalam penyimpanan angin dan bateri menjelang 2030.

Syarikat itu juga sedang merancang membekalkan sehingga 1.2 juta tan setahun (mtpa) hidrogen dengan memanfaatkan kecekapan dalam membangunkan projek besar untuk mencapai skala sebagai pengeluar hidrogen karbon rendah bermula dengan projek-projek di Malaysia.

Ia turut berhasrat menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan, menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan menguasai 10 peratus bahagian pasaran atau sekitar 25,000 poin pengecasan berdasarkan anggaran semasa, merentas pasaran utama di Asia Pasifik dengan kehadiran utama di Malaysia dan India.

Aset-aset dan projek tenaga bersih Gentari hari ini termasuk kapasiti solar satu gigawatt puncak (GWp), masing-masing di India dan Malaysia.

Ia mempunyai rangkaian projek hidrogen bersih yang sedang dibangunkan di Malaysia dan pasaran utama lain bersama-sama rakan kongsi dengan projek pertama ini disasarkan dimulakan pada 2025.

Syarikat itu mempunyai lebih 220 kenderaan elektrik di bawah model Vehicle-as-a-Service (VaaS), serta rangkaian sedia ada kira-kira 170 poin pengecasan di India dan Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…