PETRONAS raih Anugerah Platinum Putra Brand untuk tahun ke-11 berturut-turut

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Bhd (PDB) telah berjaya meraih Anugerah Platinum Putra Brand bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori untuk tahun ke-11 berturut-turut pada Anugerah Putra Brand baru-baru ini.


Dalam kenyataan media PDB, kemenangan berturut-turut itu membuktikan penambahbaikan berterusan PDB ke atas rangkaian produknya terutamanya bahan api Petronas Primax dan pelincir Petronas Syntium yang memberikan pelanggan keyakinan terhadap jenama itu sejak bertahun-tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani berkata syarikat itu komited untuk menawarkan produk dan tawaran lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pelanggan pada masa ini dan akan datang bagi memastikan Petronas terus kekal menjadi jenama pilihan.

 

“Di PDB, pelanggan merupakan teras kepada apa yang kami lakukan dan misi kami adalah untuk memberikan pengalaman lancar tanpa geseran kepada para pelanggan,” katanya.

 

Beliau menambah pengenalan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive pada tahun 2019 meraih banyak kejayaan dan pengiktirafan.

 

Katanya lagi, syarikat baru-baru ini memperkenalkan pula PETRONAS Primax 97 baharu dengan Pro-Race untuk memenuhi permintaan enjin teknogi tinggi masa kini sekali gus memberikan prestasi lebih jitu, responsif dan cekap.

 

“Gabungan Primax dan Syntium Petronas yang memenangi anugerah itu telah digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula Satu Mercedes-AMG Petronas untuk menjuarai kategori Pengeluar Kejohanan Formula Satu buat kali ketujuh pada 2020.

 

Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas

 

“Selain bahan api dan pelincir, PDB terus memperkenalkan penawaran inovatif baharu dalam meningkatkan pengalaman para pelanggan melalui SETEL dan ROVR,” jelasnya.

 

 

 

ROVR menyertai misi banjir baru-baru ini

 

Azrul Osman menambah pihaknya sentiasa berusaha memberikan kemudahan terbaik membangunkan ciri-ciri lebih intuitif untuk kepentingan pelanggan.

 

Pengguna SETEL boleh menikmati pengalaman mengisi minyak lebih selamat dan lancar dengan menggunakan SETEL Wallet di Kedai Mesra di seluruh negara terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

Mereka juga boleh membeli barangan terpilih di Kedai Mesra dan dihantar sehingga ke rumah dengan penggunaan Deliver2Me.

 

ROVR yang menyasarkan segmen perniagaan kepada perniagaan (B2B) telah melakukan penghantaran sebanyak lebih 10 juta liter petrol sejak diperkenalkan pada Oktober 2018.

 

Tidak ketinggalan, PDB turut merancakkan mempromosi usahawan tempatan melalui inisiatif Makan@Mesra, Segar@Mesra malah memperkenalkan kempen produk tempatan melalui Love Local Campaign.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…