Petronas sahkan insiden kebakaran di saluran Paip Gas Sabah-Sarawak

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Al-Hijrah
Pihak media telah melaporkan seorang maut manakala dua lagi cedera selepas SSGP Petronas di Long Ugui, Lawas meletup pada kira-kira 2 petang Rabu.


Sebentar tadi, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah pun mengeluarkan kenyataan media dan mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) berhampiran KP 132, berdekatan Lawas, Sarawak tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Menurut laporan dari Harian Metro, Petronas berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan kontraktor pihak ketiga yang melakukan kerja-kerja tidak berkaitan dengan operasi SSGP berhampiran kawasan izin lalu (ROW) saluran paip.

 

"Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan," katanya lagi.

 

Syarikat minyak dan gas milik negara itu berkata, ia telah menggerakkan pasukan bertindak kecemasan ke kawasan insiden berkenaan.

 

"Petronas sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitarnya," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, kejadian itu berlaku jam 3.50 pagi semasa pemilik berada di ruang tamu,…