Petronas Sprinta menang Moto3 Perancis

oleh HEZERI SAMSURI|
John McPhee, penunggang British berjaya membawa nama Petronas Sprinta Racing Team ke kemuncak apabila beliau memenangi tempat pertama perlumbaan Moto3 di MotoGP Perancis sebentar tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

John yang menunggang jentera Honda mendahului perlumbaan selepas Tatsuki Suzuki terjatuh. John diikuti oleh Lorenzo Dalla Porta (Leopard Racing) di tempat kedua dan Aron Canet (Sterilgarda Max) di tempat ketiga.

 

 

Ini ialah kemenangan pertama untuk pasukan Petronas Sprinta Racing. 

Menurut Datuk Razlan Razali (gambar di bawah), pengurus pasukan, beliau sememang teruja dengan kemenangan tersebut dan ia menaikan semangat untuk seluruh anggota pasukan Petronas Sprinta Racing.

Bila ditanya adakah ini hadiah sempena Hari Raya yang bakal menjelma, jawab beliau, "Ini baru hantaran jer," menandakan peminat pasukan Petronas Sprinta Racing boleh mengharapkan berita-berita baik dari pasukan yang membawa jenama gergasi petroleum Malaysia itu.

Syabas! 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…