PETRONAS SRT nafi berita Rossi keluar pasukan

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) telah menafikan dakwaan penerbitan Malaysia yang mendakwa pasukan itu bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak Valentino Rossi menjelang musim MotoGP 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Crash.net, Prinsipal pasukan PETRONAS SRT Razlan Razali memberitahu petikannya telah disalah ertikan dan menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Namun begitu, tambah beliau lagi sekiranya Rossi tidak lagi bersama SRT, fokus mereka adalah untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan bakat muda.

"Bekerjasama dengan pelumba Valentino Rossi merupakan satu peluang besar buat pasukan, dan ini membenarkan pasukan ini untuk terus berkembang.

Jelas beliau lagi, PETRONAS SRT belum memutuskan barisan pelumba untuk musim MotoGP 2022.

"Namun sekiranya kerjasama dengan Valentino Rossi berakhir, kita menjangkakan akan memfokuskan kembali kepada mencari pelumba muda terbaik.

Sumber: Crash.net

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  "Antara mereka yang mengambil bahagian di litar itu hari ini adalah Valentino Rossi, dengan…
Berita Global
  Untuk itu kami ringkaskan rekod dan pencapaian beliau terutama sekali bersama Yamaha seperti di…
MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…