Petronas Syntium 7000 0W-16 dengan teknologi CoolTech kini di Jepun!

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, Petronas Lubricants International (PLI) melancarkan Petronas Syntium 7000 0W-16 dengan teknologi CoolTech di pameran automotif berprestij, Tokyo Auto Salon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Pusat Konvensyen Makuhare Messe, pengenalan aditif baharu tersebut dilakukan bagi memperluaskan portfolio rangkaian produk Syntium selain memenuhi keperluan pengguna pasaran automotif Jepun.

Perlu diketahui, Petronas Syntium 7000 0W-16 dengan teknologi CoolTech berkenaan antara lain menawarkan manfaat perlindungan daripada risiko kepanasan enjin melampau, melancarkan aliran minyak enjin dan mengekalkan prestasi enjin optimum.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Giuseppe D’Arrigo berkata, kehadiran aditif berinovasi baharu tersebut berupaya memastikan pemanduan pengguna lancar dan bebas daripada sebarang masalah.

"Sebelum pelancarannya, aditif ini telah diuji dan hasil yang diperoleh adalah positif dan memberangsangkan.

"Ia terbukti mampu mengawal kepanasan enjin dan oksidasi 19 peratus lebih baik berbanding aditif lain," katanya.

Ujar D’Arrigo, ia juga 42 peratus lebih berkesan melancarkan aliran minyak dalam enjin ketika dipandu laju mahu pun perlahan.

Tambahnya, pengenalan produk baharu berkenaan bukan sahaja memberi impak terhadap pasaran domestik di Jepun bahkan dijangka membuka peluang bagi pihaknya untuk mengembangkan lagi portfolio pasaran lain.

Terdahulu, penganjuran Tokyo Auto Salon pada 12 hingga 14 Januari lalu itu membuka peluang pendedahan produk automotif global.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…