Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100 peratus) dan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia yang diberikan kepada Petrobras (30 peratus), TotalEnergies (28 peratus) dan PBBL (21 peratus) dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.
PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Jeneiro pada 2021.
Naib Presiden Penerokaan Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, "Kami amat bersemangat dengan penemuan penting di salah satu basin paling prolifik di dunia. Petronas dan rakan kongsi akan terus bekerjasama rapat, bersama-sama dengan kerajaan tuan rumah, untuk membuka lebih banyak penciptaan nilai dan pencapaian bersama-sama".
"Petronas juga akan meneruskan usaha penyahkarbon untuk membangunkan lapangan Sépia secara mampan, sambil mengukuhkan portfolio kami di negara ini. Ini selaras dengan strategi pertumbuhan global kami," katanya.
Syabas dan tahniah Petronas