Petronas umum laluan ke arah karbon sifar

oleh Penyumbang Rencana|
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengumumkan laluan Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 (NZCE 2050) bagi mempercepatkan tindakan dan komitmen seluruh kumpulan ke arah mencapai cita-cita masa depan dengan sifar bersih.


Laluan itu, dengan sasaran jangka pendek, sederhana serta panjang, akan mengemudi dan menyediakan trajektori bagi kumpulan termasuk pihak berkepentingannya untuk maju ke arah aspirasi NZCE 2050 yang bercita-cita tinggi yang diumumkan pada awal November 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Tengku Muhammad Taufik, berkata syarikat itu kekal komited bagi menyediakan tenaga yang diperlukan kepada dunia, di samping memastikan ia memenuhi matlamat iklim Perjanjian Paris.

 

"Laluan ini akan menyaksikan kami menangani pelepasan daripada portfolio tenaga bersepadu kumpulan pada kadar yang pantas untuk memastikan pelanggan kami mempunyai penyelesaian tenaga yang lebih selamat, boleh dipercayai, optimumkan kos dan pengurangan pencemaran.

 

"Ketika kami menuju ke arah NZCE 2050, keutamaan Petronas adalah untuk terus melangkah bersama masyarakat yang kami berkhidmat, selain menangani peralihan tenaga secara adil dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini (Selasa).

Syarikat minyak dan gas nasional itu juga berkata dengan sasaran ini, ia memperuntukkan 20 peratus daripada perbelanjaan modal untuk projek penyahkarbonan dan pengembangan kepada penyelesaian tenaga bersih dari 2022 hingga 2026.

 

Usaha penyahkarbonan Petronas akan ditambat pada empat keutamaan iaitu sifar pembakaran dan pelepas rutin, kecekapan tenaga, elektrifikasi serta tambatan dan penyimpanan karbon bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada operasinya.

 

"Petronas akan meneruskan kerjasama awam-swasta serta perkongsian rentas industri untuk merangsang pembangunan pertumbuhan rantaian hijau berdasarkan nilai baharu dalam tambatan dan penyimpanan karbon termasuk peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen serta mobiliti hijau di bawah anak syarikat yang baru dilancarkan, Gentari Sdn Bhd," katanya.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…
Berita Domestik
Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih…