PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team dedah jentera Yamaha YZF-M1 2021

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team memulakan kempen musim ketiga bagi kejuaraan MotoGP World Championship dengan pelumba Franco Morbidelli dan Valentino Rossi memperlihatkan jentera Yamaha YZR-M1 2021 sebentar tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pelancaran dalam talian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Prinsipal Pasukan, Razlan Razali diikuti oleh Pengarah Pasukan, Johan Stigefelt, dan Pengurus Pasukan, Wilco Zeelenberg.

Turut dipamerkan dalam pelancaran tersebut adalah jentera lumba Yamaha YZR-M1 dengan penampilan baharu di mana Valentino bakal mendapat jentera spesifikasi kilang sementara Franco pula mendapat jentera A-spec Plus.

Tahun 2021 juga merangkap tahun ketiga PETRONAS sebagai penaja utama pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

Selain daripada itu, acara itu turut mengumumkan pelumba-pelumba bagi kelas perlumbaan Moto2, iaitu Xavi Vierge dan Jake Dixon, sementara John McPhee dan Darryn Binder pula menggalas cabaran untuk kelas perlumbaan Moto3.

 


Menurut Prinsipal PETRONAS Yamaha SRT, Razlan Razali berkata, "tahun 2020 merupakan tahun yang luar biasa bagi kami, namun kami sentiasa beringat terdapat ruang untuk penambahbaikan yang boleh dibuat.

"Untuk musim 2021, kami menjangkakan pertarungan sengit, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong Franco dan Valentino.

Sementara itu, Tan Sri Azman selaku Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang berkata, "melihat kepada sejarah pendek pasukan, kita telah memperlihatkan gandingan mekanik, pengurusan, rakan kongsi, dan pelumba di peringkat dunia. Kami amat berbangga kerana ini adalah sebuah pasukan Malaysia dengan pengurusan yang kuat dan mantap.

 


Valentino Rossi menyifatkan pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team sebagai pasukan paling muda yang menunjukkan sifat kompetitif yang sebenar.

"Saya berasa amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, dan saya juga gembira melihat jentera baharu untuk tahun ini, saya suka akan warna liveri, kulit sut perlumbaan, helmet dan sebagainya, ia sangat hebat.

Musim perlumbaan 2021 bakal menjadi tahun ketiga pelumba Franco Morbidelli bersama pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  "Antara mereka yang mengambil bahagian di litar itu hari ini adalah Valentino Rossi, dengan…
Berita Global
  Untuk itu kami ringkaskan rekod dan pencapaian beliau terutama sekali bersama Yamaha seperti di…
MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…