Peugeot 2008 2022 rasmi dilancarkan - varian tunggal Allure, harga dari RM127k

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Peugeot hari ini secara rasmi melancarkan crossover Peugeot 2008 generasi baharu sekaligus merasmikan pembukaan Pusat 3S Peugeot, Glenmarie.

Ia merupakan model ketiga selepas Peugeot 3008 dan 5008 yang dilancarkan oleh Bermaz Auto Alliance.

Peugeot 2008 2022 merupakan unit CKD yang dipasang di kilang Stellantis, Gurun dan hanya ditawarkan dalam varian tunggal, dengan enjin PureTech tiga silinder sebaris 1.2 liter turbo yang berupaya menghasilkan 130 kuasa kuda dan 230 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Terdapat sehingga tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan juga Sport.
 

2008


Dari segi kelengkapan, Peugeot 2008 2022 tampil dengan unit lampu utama LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED berbentuk taring, rim Black Onyx bersaiz 17 inci, diikuti lampu belakang dengan grafik tiga kuku ikonik Peugeot.

Seperti kereta-kereta moden Peugeot, crossover 2008 ini turut mendapat ciri Peugeot i-Cockpit dengan paparan head-up jenis tiga dimensi, diikuti dengan sistem infotainmen tujuh inci, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.
 

2008


Untuk keselesaan, tempat duduk didatangkan dengan balutan kulit, sistem kawalan iklim zon tunggal automatik, serta sistem pencahayaan ambien.

Penawaran terkini Peugeot 2008 turut dilengkapkan dengan ciri keselamatan termaju seperti Visiopark 1 (kamera undur 180 darjah), Bantuan Pengekalan Lorong Aktif, Bantuan Tumpuan Pemandu, Sistem Pemantauan Titik Buta, serta Brek Keselamatan Aktif.

Ciri diatas merupakan sokongan kepada ciri keselamatan pasif seperti enam beg udara SRS, bantuan mula mendaki, dan tidak ketinggalan program kestabilan elektronik (ESP) yang merangkumi ABS, EBD dan Bantuan Brek Kecemasan.
 

2008


Terdapat empat warna pilihan, iaitu Amazonite Grey, Pearl White, Nera Black dan warna eksklusif Orange Fusion.

Harga jualan bermula dari RM126,753.00 dan didatangkan dengan jaminan lima tahun dan jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), serta pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dengan had jarak perbatuan 60,000 km (yang mana tiba dahulu).
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, Bermaz Auto Alliance baru-baru ini cuba memecahkan tradisi tersebut dengan memperlihatkan…
Berita Domestik
Pakej penyelenggaraan lima tahun itu turut membolehkan model-model Peugeot di Malaysia mempunyai…
Berita Domestik
Ia juga menggambarkan titik permulaan baharu Peugeot di Malaysia di bawah BAA. Pusat servis itu…