Peugeot 2008 2024 facelift – trenkuasa hibrid baharu, varian EV kini mampu cecah 406 km

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua crossover Peugeot 2008 telah pun berada di pasaran global sejak dari tahun 2019 lagi, dan tidak mengejutkan apabila pengeluar Perancis itu kini menampilkan versi facelift dengan spesifikasi yang lebih malar segar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perubahan yang dibawakan pada model tersebut adalah menyamai apa yang ditawarkan pada model 508 tempoh hari, seperti gugusan lampu nyalaan siang berbentuk taring pada penghujung bampar, sementara lampu belakang bermotifkan tiga kuku ikonik itu telah diberikan grafik yang lebih mendatar.
 

2008


Bergantung kepada spesifikasi, Peugeot 2008 boleh dilengkapi dengan rim bersaiz 16 hingga 18 inci, warna baharu Selenium Grey, kemasan dua tona dengan bumbung berwarna hitam untuk versi GT, serta perumah cermin sisi berwarna hitam.

Untuk ruang kabin, kesemua varian 2008 dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 10 inci secara standard, diikuti dengan skrin kluster digital 10 inci, efek 3 dimensi untuk varian GT, serta kemasan tombol gear baharu untuk varian bertransmisi manual.
 

2008


Dari segi kuasa, Peugeot 2008 boleh didapati dengan pilihan enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter berkuasa 100 hp dengan padanan transmisi manual, enjin yang sama berkuasa 130 hp dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, atau pilhan enjin diesel 1.5 liter berkuasa 130 hp dengan transmisi automatik.

Terdapat nadi hibrid baharu berkuasa 136 hp yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam nisbah kelajuan yang mampu mengurangkan kadar penggunaan bahan api sehingga 15 peratus berbanding versi bukan hibrid.
 

2008


Untuk versi sifar emisi, Peugeot e-2008 2024 kini membawakan tetapan baharu yang lebih berkuasa, di mana motor elektrik tunggal mampu menjana kuasa setinggi 156 hp, sementara pek bateri berkapasiti 54 kWh pula membenarkan jarak gerak ditingkatkan daripada 345 km kepada 406 km untuk sekali cas penuh.

Peugeot 2008 2024 akan mula dijual pada musim panas ini bersama-sama dengan model EV tulen E-2008 2024.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Untuk memudahkan pelanggan yang mahu berjinak-jinak kembali dengan jenama singa Perancis, Bermaz…
Berita Domestik
Pakej terbaharu ini tertakluk kepada model-model crossover seperti 2008, 3008, dan 5008 yang dijual…
Pelancaran
Ia merupakan model ketiga selepas Peugeot 3008 dan 5008 yang dilancarkan oleh Bermaz Auto Alliance…