Peugeot 2008 CKD mula dipasang di Gurun

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis baru-baru ini mengumumkan model terbaharu Peugeot 2008 telah pun mula dipasang di kilang produksi Stellantis yang terletak di Gurun, Kedah.

Menurut Christophe Musy, Naib Presiden Kanan Pengedaran Am dan ASEAN Stellantis berkata, "Dibina di ASEAN untuk ASEAN. Kami berbesar hati untuk mengumumkan model produksi CKD pertama Peugeot 2008 akan mula dihantar kepada para pelanggan di Asia Tenggara dalam masa beberapa bulan lalgi.

"Ini merupakan satu langkah penting dalam mengembangkan lagi jejak pengilangan Stellantis di rantau ini.
 

2008


Peugeot 2008 CKD akan mula dijual di Thailand pada bulan Disember ini, diikuti dengan pasaran pemanduan sebelah kanan dan kiri di seluruh Asia Tenggara pada tahun depan.

Peugeot 2008 serba baharu itu didatangkan dengan ciri seperti lampu utama LED, lampu signatur 3-claws, Peugeot i-Cockpit 3D, 3D Quartz Cluster, serta skrin sentuh tujuh inci HD.

Ia juga menampilkan kelengkapan bantuan pemandu termaju (ADAS) yang merangkumi brek kecemasan automatik (AEB), informasi had kelajuan dan adaptasi kelajuan pintar (SLI/ISA), bantuan suluhan tinggi (HBA), bantuan pengelakan laluan (LKA), bantuan tumpuan pemandu (DAA3), sistem pemantauan titik buta aktif serta bantuan pengekalan laluan aktif.
 

Peugeot 2008


Malah, Peugeot 2008 telah menjalani ujian ketahanan spesifik sejauh 200,000 km dalam pelbagai lanskap dan iklim setempat untuk memastikan ia mampu memenuhi keperluan pelanggan di Asia Tenggara.

Stellantis sebelum ini telah mengambil alih hak pemilikan penuh NAZA Automotive Manufacturing Sdn Bhd pada 28 Oktober yang lalu.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia merupakan model ketiga selepas Peugeot 3008 dan 5008 yang dilancarkan oleh Bermaz Auto Alliance…
Berita Domestik
Namun, operasi pemasangan bagi kenderaan seperti Peugeot 3008 dan 5008 tidaklah dikendalikan oleh…
Model Terbaharu
Persaingan di dalam kelas crossover segmen B nampaknya semakin sengit, dan masing-masing…