Peugeot 208 kereta paling laris di Eropah tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya sejak tahun 2007, Peugeot 208 berjaya memintas Volkswagen Golf sebagai kenderaan yang paling laris terjual di Eropah untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit, atau peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun 2021.
 

Golf


Volkswagen Golf masih lagi kekal dalam senarai 10 buah kereta paling laris di benua tersebut, di mana ia berada di tangga kelima di belakang Dacia Sandero (200,550 unit), VW T-Roc (181,153 unit), dan Fiat/Abarth 500 (179,863 unit).


 

Yaris


Satu-satunya kereta berjenama Jepun berada di tangga keenam, iaitu Toyota Yaris dengan jumlah jualan 175,713 unit atau penurunan sebanyak 4 peratus berbanding tahun 2021.

Di belakang Yaris terdapat empat model lagi iaitu Opel/Vauxhall Corsa (164,358 unit), Hyundai Tucson (150,803 unit), Dacia Duster (149,648 unit) dan Renault Clio (143,561 unit).
 


Segmen kenderaan elektrik menyaksikan Tesla mendahului menerusi Model Y dengan jumlah jualan 138,128 unit, selain mampu memintas abangnya Model 3 di pasaran tersebut.

Secara keseluruhan, jenama Volkswagen menjadi jenama automotif nombor satu sepanjang tahun 2022 dengan jumlah jualan sebanyak 1,198,296 unit, mengalahkan Toyota di tempat kedua (766,227 unit) dan Mercedes-Benz di tempat ketiga (647,880 unit).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pun begitu, Peugeot tetap rajin mengemaskini penawaran model hatchback mereka dengan memberikan…
Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…
Berita Global
Boleh dikatakan, hampir keseluruhan pasaran di Eropah turut mengalami penurunan jualan dua angka,…