Peugeot 3008, 5008 2024 kini dengan enjin mild-hybrid, jimat minyak 15 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua Peugeot 3008 (dan Peugeot 5008) telah pun berada di pasaran sejak dari tahun 2017 lagi, dan dalam tempoh dua tahun bakal digantikan dengan model generasi baharu dalam bentuk crossover elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran dua crossover itu dengan membawakan teknologi hibrid ringan 48 voltan (mild-hybrid) dengan penjimatan sehingga 15 peratus.  
 

mild


Peugeot 3008 dan 5008 2024 membawakan enjin baharu berkonfigurasi tiga silinder sebaris kitaran Miller 1.2 liter turbo yang mampu menghasilkan 134 hp @ 5,500 rpm dan daya kilas 230 Nm @ 1,750 rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar enam nisbah kelajuan baharu yang turut menempatkan motor elektrik, penyongsang dan motor elektrik (28 hp/55 Nm) dalam satu perumah.
 

mild


Nadi 1.2 liter turbo itu juga boleh bertindak sebagai unit penjana kuasa kepada pek bateri lithium ion 432 Wh yang diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan.

Secara keseluruhan, Peugeot 3008 dan 5008 hibrid ringan ini mampu menawarkan tahap penggunaan bahan api 2.5 liter untuk setiap 100 km, atau purata serendah 1 liter/100 km mengikut kitaran WLTP.
 

mild


Disebabkan model 3008 dan 5008 mild hybrid ini boleh dipandu dalam mod elektrik (julat jarak yang sangat pendek), Peugeot telah memasang sistem bunyi Acoustik Vehicle Alerting System (AVAS) untuk memberikan ‘amaran’ kepada pejalan kaki dan penunggang basikal pada kelajuan sehingga 30 km/j.

Menurut Peugeot, sistem trenkuasa hibrid ringan baharu ini akan menggantikan trenkuasa PureTech 130 EAT8, dan bakal dipasang pada model-model lain seperti 208, 2008, 308, 308 SW dan 408.

Model hibrid ringan Peugeot 3008 dan 5008 2024 ini dijangka akan mula dijual di Eropah pada suku kedua 2023.

Berita Berkenaan

Berita Global
Crossover segmen C ini bukan sahaja akan ditawarkan dalam versi elektrik, akan tetapi versi hibrid…
Berita Global
Menjelang pelancaran rasmi model baharu SUV berjenama singa Perancis yang akan berlangsung pada…
Berita Domestik
Pakej terbaharu ini tertakluk kepada model-model crossover seperti 2008, 3008, dan 5008 yang dijual…