Peugeot 3008 & 5008 dari Naza Automotive Manufacturing (NAM) dieksport ke Thailand

oleh SALINA JALIL|
Satu majlis tandatangan pelantikan telah diadakan di Kedutaan Perancis di Bangkok sempena pelantikan Belfort Automobiles (Thailand), anak syarikat Master Group Corporation (Asia) Co., Ltd., (MGC-ASIA) sebagai pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan jenama Peugeot yang baharu di Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Majlis tandatangan ini turut disaksikan oleh Duta Perancis ke Thailand, Jacques Lapouge.

 

Sekurang-kurangnya lima model baharu Peugeot akan hadir di Thailand dalam masa beberapa tahun akan datang. Sebagai model pertama, dua buah SUV iaitu Peugeot 3008 dan 5008 akan diperkenalkan di sana dahulu.

 

Turut dimaklumkan adalah kedua-dua model tersebut adalah ia dihasilkan di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) yang terletak di Gurun, Kedah. 

 

naza

 

Ini adalah usahasama dari Naza Corporation Holdings pada bulan Februari 2018, di mana satu perjanjian kerjasama telah ditandatangani untuk penubuhan hab pengilangan pertama di ASEAN di bawah Groupe PSA. 

 

Perkhabaran positif untuk Groupe PSA di ASEAN ini bermakna Peugeot kini beroperasi di 11 buah negara. Sebelum ini NAM telah pun mengeksport produk keluaran mereka ke Filipina dan kini di Thailand dalam tempoh dua minggu lagi.  

 

MGC-ASIA merupakan salah satu pengedar automotif dan syarikat pengangkutan utama di Thailand.

 

Dengan kerjasama ini, pertumbuhan Groupe PSA dijangka mampu dipercepatkan dan strategi ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Groupe PSA di pasaran ASEAN. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan gabungan itu, Peugeot SA dan Fiat Chrysler Automobiles NV akan menjadi Stellantis…
Berita Domestik
Berjaya Auto Alliance merupakan syarikat baharu yang dipegang oleh BerjayaCorp (51%) dan Bermaz (20…
Berita Domestik
Pada 20 Februari yang lalu, Groupe PSA dan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd (NAM) mengadakan…