Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus varian CKD dilancarkan di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan SUV Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus yang telah diberikan beberapa perubahan. Dua model SUV Peugeot iaitu 3008 dan 5008 telah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu dan kini ia hadir dengan kelengkapan baharu yang lebih tinggi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings berkata, "Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus adalah kemuncak perjanjian bersama di antara Kumpulan Naza dan Groupe PSA untuk menubuhkan Naza Automotive Manufacturing (Naza Automotive Manufacturing) NAM) sebagai hab Asia Tenggara pada 2018. Kami teruja untuk meraikan kejayaan ini dengan dua model terbaik Peugeot yang terus kekal relevant. "

 

"NAM telah mendapat banyak manfaat sejak penglibatan Groupe PSA, termasuk kepakaran dari pasukan perindustrian yang khusus dan pemindahan teknologi dari ibu pejabat yang terakhir di Perancis. Kami teruja untuk memperkenalkan dua lagi SUV yang dikeluarkan oleh NAM untuk pengedaran tempatan dan eksport serantau dalam masa terdekat," tambah SM Nasarudin lagi.

 

Untuk model CKD 3008 Plus dan 5008 Plus ini, kedua-duanya ditawarkan dengan dua varian iaitu Active dan Allure. Walaubagaimana pun tiada perubahan dari segi enjin, mahupun barisan tempat duduk dari model sebelum ini. 


Ia masih menampilkan rupa yang sama seperti sebelum ini di mana 3008 hadir dengan konfigurasi lima tempat duduk manakala 5008 diberikan tujuh-tempat duduk.

Peugeot 3008 dan 5008 untuk semua varian, ia hadir dengan satu pilihan enjin sahaja iaitu 1.6 liter empat-silinder petrol THP (Turbo High Pressure) dengan lima mod pemanduan menerusi sistem Advanced Grip Control. Janaan kuasa adalah 165 kuasa kuda dan tork/daya kilas maksima 240 Nm dengan gear automatik enam-kelajuan Quickshift dan dengan pemacuan dari roda hadapan sahaja. 


 

 

Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.9 saat dengan kelajuan maksima 205 km/j. Penggunaan bahan api pula adalah sebanyak 7L/100km. 

 

Di bahagian luaran, kedua-duanya turut menerima kelengkapan yang sama. Varian asas Active diberikan lampu hadapan halogen automatik dengan lampu isyarat membelok dari jenisLED sequential, lampu belakang dengan grafik LED “tiger claw” (cakaran harimau), lampu kabus (fog light) hadapan dan belakang.

 

Kedua-dua model tersebut, 3008 Plus dan 5008 Plus dilengkapi dengan sunroof panoramik dan roda aloi 18-inci dengan kemasan warna dua nada.


 

 

Di bahagian tempat duduk pula, balutan kulit Claudia dengan jahitan Graphite atau Goa yang berbeza-beza mengikut varian memberikan impak premium. Papan pemuka (dashboard) pula diterangi dengan pencahayaan biru yang menyentuh seluruh ruang kabin.

 

Ruang papan pemuka juga masih mengekalkan konsep i-Cockpit dengan skrin sentuh berwarna yang pelbagai fungsi bersaiz 8-inci untuk kedua-dua model Peugeot tersebut.

 

Paparan Kluster Digital Head-Up yang mempunyai resolusi tinggi pula bersaiz 12.3 inci dengan penambahan gaya grafik 'Onyx' termasuk mod paparan 'Bantuan Pemanduan'(Driving Assistance) dan mod 'Personal' yang khusus.

 

Penambahan pada model 5008 Plus adalah mod 'Navigasi' untuk membantu pemandu semasa pemanduan dan diletakkan pada paras mata pemandu.

 

 

 

Pada paparan kluster pula, Peugeot 3008 Plus menerima warna Metallic Copper dan untuk 5008 Plus pula, ia mendapat kemasan Emerald Crystal yang tersendiri.
 

 

Dalam aspek keselamatan, pelbagai ciri-ciri keselamatan telah diberikan seperti 6 beg udara keselamatan, kawalan kestabilan elektronik, ABS, EBD, EBA, ASR (Anti Slip  Road), Hill Assist Descent Control, Lane Departure Warning, Kawalan Kestabilan Dynamic (DSC) dan lain-lain.

 

Terdapat empat warna pilihan untuk kedua-dua model dan varian SUV ini iaitu Nera Black, Pearl White, Amazonite Grey dan warna baharu iaitu Aster Grey. 


 


 

 

Harga bagi SUV Peugeot 3008 Plus bermula dari RM150,888 manakala varian Allure (spesifikasi yang lebih tinggi), harga bermula dari RM163,888 tidak termasuk insurans. 

 

SUV Peugeot 5008 Plus pula berharga dari RM166,888, mana kala untuk varian Allure pula harga bermula dari RM179,888.  

 

Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan ia termasuk waranti lima-tahun/120,000 km (yang mana terdahulu), pakej servis percuma tiga-tahun, Peugeot Assistance 24-Jam serta akses percuma ke SkyLounge Subang Skypark.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…