Peugeot 308 2022 dikesan di Pulau Pinang, bakal dilancarkan kelak?

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah pengurusan baharu, Peugeot nampaknya semakin aktif membawakan pelbagai model-model menarik untuk rakyat Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, rakan media Paultan melaporkan kelibat model hatchback Peugeot 308 dikesan di Bayan Lepas, Pulau Pinang oleh salah seorang pembacanya.

Ini merupakan model Peugeot terbaharu yang dikesan berada di atas jalan raya Malaysia selepas model sedan 508, crossover 2008 serta trak pikap Landtrek yang dijangka pelancaran rasminya pada tahun ini.
 

Peugeot


Dilancarkan secara rasmi di peringkat global, generasi baharu Peugeot 308 tampil dengan rupa paras yang lebih agresif dan garang terima kasih kepada lampu utama yang tajam, dengan lampu nyalaan siang berbentuk seakan taring binatang.

Peugeot 308 2022 ditawarkan dalam pilihan enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter turbo dengan dua output yang berbeza, diikuti versi diesel empat silinder sebaris 1.5 liter dan versi plug-in hybrid 1.6 liter (180 PS atau 225 PS).

Setakat ini, tidak dapat dipastikan versi enjin yang manakah bakal memasuki pasaran Malaysia.

Baca: Peugeot 308 generasi baharu

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…
Berita Global
Tidak seperti model 408 yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk sedan kepada model 308, 408…