Peugeot 308 generasi baharu terdedah lebih awal - model pertama pakai logo baharu Peugeot

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum pelancaran rasmi, beberapa media automotif telah memperoleh gambar intip yang menampilkan rupa sebenar hatchback generasi baharu Peugeot 308 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanpa sebarang pelekat samaran diletakkan pada bahagian hadapan, Peugeot 308 2022 ini menampilkan rekaan muka yang lebih berani yang menyamai adik-beradiknya seperti 208, 2008 dan 508, dimulakan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk taring, dan lampu utama LED yang nipis.

 


Seperti yang disebut sebelum ini, Peugeot 308 merupakan model pertama yang menggunapakai emblem baharu Peugeot yang nampaknya bersaiz besar menghiasi ruangan gril hadapan hatchback tanpa rangka itu.

Emblem yang sama turut diperlihatkan pada bahagian fender hadapan, sementara bahagian sisi kereta ini garis badan yang lebih ringkas diikuti dengan garis bumbung yang direka melandai ke bahagian belakang.

 


Untuk pasaran Eropah, tiada lagi model enjin pembakaran konvensional akan ditawarkan, sebaliknya kesemua varian didatangkan dengan enjin petrol hibrid, serta model plug-in hybrid yang lebih berkuasa dihasilkan oleh divisyen Peugeot Sport Engineered (PSE).

Model plug in hybrid berprestasi tinggi ini berkemungkinan besar didatangkan dengan motor elektrik tambahan pada gandar belakang, di mana tetapan ini membolehkan Peugeot 308 mendapat konfigurasi pacuan semua roda, serta unit trenkuasa yang mampu menghasilkan 300 hp.

 


Maklumat lanjut berkenaan Peugeot 308 ini hanya dapat diketahui menjelang pelancaran rasminya kira-kira 10 hari lagi.

Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…
Berita Global
Tidak seperti model 408 yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk sedan kepada model 308, 408…