Peugeot 308 menang Women's World Car of The Year

oleh Mohamad Hanif|
Barisan juri wanita Women's World Car of The Year sebulat suara telah memilih model Peugeot 308 sebagai model terbaik untuk tahun 2022.

Pemenang anugerah tersebut diumumkan tepat pada sambutan Hari Wanita Sedunia beberapa hari yang lalu.

Seramai 56 orang jurnalis wanita yang terlibat di dalam industri automotif dari 40 buah negara dan lima buah benua itu telah meneliti 65 calon-calon kenderaan terbaik berdasarkan kategori tertentu.
 

Peugeot


Selain Peugeot 308 yang turut memenangi kategori Urban Model, berikut merupakan senarai pemenang berdasarkan kategori masing-masing:

  • Best Family SUV - Kia Sportage
  • Best Large Car  - Ford Mustang Mach-E
  • Best Large SUV - BMW iX
  • Best Performance Car: Audi e-Tron GT
  • Best 4x4 - Jeep Wrangler 4xe

Menurut Sandy Myhre dari New Zealand, "Peugeot 308 merupakan sebuah kereta yang mampu menawarkan segalanya yang anda impikan pada sesebuah kenderaan. Ia mampu dipandu dengan baik, dan saya sukar untuk percaya kebanyakan versi datang dengan enjin 1.2 liter sahaja.

Selain daripada enjin 1.2 liter, Peugeot 308 boleh didapati dengan enjin diesel 1.5 liter serta pilihan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV).

Baca: Peugeot 308 generasi baharu

Berita Berkenaan

Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…
Berita Global
Tidak seperti model 408 yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk sedan kepada model 308, 408…
Berita Domestik
Terbaharu, rakan media Paultan melaporkan kelibat model hatchback Peugeot 308 dikesan di Bayan…