Peugeot 308 THP, model terkini pada harga RM129,888

oleh SALINA JALIL|
Pengedar rasmi jenama Peugeot, Nasim Sdn Bhd telah memperkenalkan model terkini mereka iaitu 308 THP yang kini berada di 1-Utama sehingga 28 Oktober 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dato' Samson Anand selaku CEO Kumpulan Naza Corporation Holdings berkata bahawa model baharu 308 THP ini diterapkan ciri-ciri Eropah dan merupakan model yang paling banyak terjual di pasaran Malaysia dan model terkini ini merupakan varian yang telah dinaiktaraf bukan sahaja untuk mereka yang mementingkan kelajuan tetapi masih boleh mengawal memandangkan ia didatangkan dengan teknologi terkini dan sistem pengendalian yang terbaik di pasaran dan  percaya bahawa 308 THP ini akan menjadi salah satu model terlaris di samping SUV 3008 yang serba lengkap.
 

 

Perbezaan model ini dari yang sebelum ini boleh dilihat pada bumber hadapan, bonet dan gril radiator di mana model ini disuntikkan elemen-elemen Peugeot yang terkini.
 

 

Didatangkan dengan enjin 1.6L THP dengan transmisi enam kelajuan teknologi Quickshift, 167 PS iaitu lebih dari 15 PS dari model terdahulu dan dengan tork maksima pada 240 Nm. Dari segi penggunaan bahan api pula model 308 THP ini dikatakan mampu bergerak sejauh 800 km dalam satu tangki minyak dan berupaya mencapai kelajuan maksimum 211 km/j.

 

308 THP ini juga 140 kilogram lebih ringan dari model sebelumnya dan penuh dengan ciri-ciri keselamatan seperti:-

- HSA (Hill Start Assist)
- ESP (Electronic Stability Program)
- ABS (Anti-Lock Braking System)
- EBD (Electronic Brake Distribution

Terdapat lima pilihan warna iaitu putih (pearl white), merah (ultimate red), kelabu (artense grey), biru (magnetic blue) dan hitam (nera black). 

 

Pada masa yang sama, 'Peugeot Motion & Emotion Roadshow' sedang mengadakan promosi hujung tahun 'Autovaganza' dengan tawaran menarik dan penjimatan sehingga RM12,000. Tawaran terhad ini termasuk Peugeot 308 THP baharu pada harga permulaan RM129,888 dan Peugeot 3008 SUV dari RM141,888. Sementara itu, Peugeot 5008 SUV dijual sebanyak RM172,888 dan Peugeot 208 Puretech pada harga RM86,888.

 

Kesemua model Peugeot didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 120,000 km (yang mana terdahulu) dan bantuan tepi jalan 24-jam.

 

1U

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Naza juga dikatakan telah menjual kebanyakan cawangan Kia miliknya kepada pengedar-pengedar Kia…
Berita Domestik
Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia melancarkan kempen 'More Ong, More Huat' di mana…
Pelancaran
  SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation…