Peugeot 5008 2021 facelift tiru penampilan 3008 2021

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pengenalan model facelift SUV Peugeot 3008 2021, pengeluar automotof dari Perancis itu turu sama membawakan kemaskini yang serupa pada model SUV tiga baris tempat duduk, Peugeot 5008 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang dibawakan itu nampaknya hampir serupa dengan apa yang ditawarkan pada SUV yang lebih kecil, seperti penampilan muka baharu yang lebih segar dengan gril tanpa rangka, lampu utama LED serba baharu, serta lampu DRL berbentuk taring.

 


Manakala untuk varian tertentu seperti GT dan GT Pack pula didatangkan dengan ciri khusus seperti sistem pencahayaan signatur dan fungsi pencahayaan selekoh.

Sementara ruang belakang juga turut sama menampilkan unit lampu utama serba baharu dengan teknologi LED penuh yang diakhiri dengan kemasan asap jernih.

 


Kemaskini yang dibawakan pada ruang kabin pula adalah bersifat minimum, di mana layout papan pemuka i-Cockpit tipikal Peugeot kini menampilkan skrin infotainmen bersaiz 10 inci diikuti dengan skrin kluster instrumen bersaiz 12.3 inci.

Tidak ketinggalan, ciri kekunci piano yang menghiasi bahagian tengah papan pemuka membenarkan pemandu mencapai akses mudah kepada fungsi seperti radio, pendingin hawa, tetapan kenderaan, telefon, lampu kecemasan, aplikasi peranti mudah alih dan navigasi.

 


Beberapa warna menarik ditawarkan untuk versi facelift 2021 ini merangkumi Celebes Blue, Metallic Copper, Pearl White, Artense Grey, Perla Nera Black dan Ultimate Red, diikuti dengan penawaran upholsteri dalaman kulit Nappa dengan elemen alcantara Mistral Black.

Ciri keselamatan turut diberikan penumpuan, di mana Peugeot 5008 2021 kini mendapat ciri baharu seperti sistem penglihatan malam, kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi Berhenti/Mula, bantuan posisi laluan, sistem pengesan papan tanda trafik, dan brek kecemasan automatik.

 


Dari segi kuasa, Peugeot 5008 2021 menawarkan beberapa pilihan di mana varian asas menerima enjin 1.2 liter turbo (130 hp/230 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau auto lapan kelajuan, manakala enjin 1.6 liter yang menghasilkan 180 hp/250 Nm menerima transmisi automatik sebagai ciri standard.

Versi diesel pula didatangkan dalam dua sesaran, di mana yang paling kecil adalah enjin diesel 1.5 liter yang berupaya menjana 130 hp/300 Nm diikuti dengan versi enjin diesel 2.0 liter dengan angka output 180 hp/400 Nm.

Versi paling berkuasa mampu membolehkan Peugeot 5008 ini memecut sepantas 8.3 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 220 km/j sahaja.

SUV tiga baris tempat duduk ini hanya akan mendarat di Eropah menjelang akhir tahun ini.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Kia Carnival versi facelift itu kini membawakan muka…