Peugeot 508 2023 facelift tampil dengan muka baharu

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu sedan segmen D yang tercantik, Peugeot 508 kini menerima kemaskini berbentuk facelift sejak ia mula dipasarkan pada tahun 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perubahan rekaan yang besar boleh dilihat pada bahagian luar di mana kedua-dua model sedan dan wagon itu mendapat ciri seperti lampu utama yang lebih nipis, lampu nyalaan siang DRL LED menegak dengan grafik tiga kuku, lencana Peugeot serta struktur jeriji serba baharu.
 

peugeot


Motif tiga kuku singa itu tadi turut dipadankan pada bahagian lampu LED belakang.

Ruang kabin pula mendapat ciri seperti skrin kluster digital 12 inci, skrin infohibur sebesar 10 inci, tuil transmisi yang lebih kecil, serta sistem audio Focal dengan 10 pembesar suara dan subwoofer.
 

SQW


Tidak seperti model 3008 dan 5008 yang telah mendapat trenkuasa hibrid baharu, Peugeot 508 2023 masih lagi mengekalkan penawaran enjin terdahulu.

Bergantung kepada pasaran, pembeli boleh mendapatkan enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter turbo (130 hp), enjin empat silinder 1.6 liter turbo (218 hp), atau enjin diesel 1.5 liter turbo (130 hp).
 

SW


Terdapat juga pilihan trenkuasa plug-in hybrid dengan hamburan kuasa keseluruhan 180 hp atau 225 hp, serta versi 508 PSE berprestasi tinggi dengan kuasa 360 hp yang disalurkan kepada semua roda.

Pemandu boleh memilih beberapa mod pemanduan seperti Electric, Eco, Hybrid, Normal, Sport atau 4WD, serta tetapan suspensi Normal, Sport atau Comfort.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan rakan media Paultan yang memetik info daripada Maybank IB Research, Bermaz Auto…
Model Terbaharu
Jika dilihat dengan lebih teliti, model 508 'baharu' yang diperlihatkan ini sebenarnya merupakan…
Berita Global
DS 9 merupakan sedan mewah bersaiz pertengahan yang dibangunkan daripada platform pacuan roda…