Peugeot 508 PSE 2021 - bermula dari RM328 ribu di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Model kembar Peugeot 508 PSE sedan dan wagon telah pun diperlihatkan secara rasmi pada bulan sembilan tahun lalu, dan kini tempahan telah pun dibuka untuk para pembeli di Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk sebuah model produksi yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Peugeot, harga jualannya tidaklah begitu murah, sedan 508 PSE berharga €66,640 (RM328 ribu) sementara model wagon 508 PSS pula berharga €67,940 (RM334 ribu).

Harga tersebut kini sudah memasuki kelas premium dan sebagai perbandingan, Peugeot 508 PSE ini mampu bersaing dengan para pembeli yang memerhatikan model-model seperti BMW M340i, Mercedes-AMG C 43 dan Audi S4.

 


Pun begitu, Peugeot tidak memasuki gelanggang dengan tangan yang kosong, ini kerana kedua-dua model sedan dan wagon itu dilengkapi dengan enjin empat silider sebaris 1.6 liter turbo dengan angka output 197 kuasa kuda dan 300 Nm, dibantu dengan motor elektrik hadapan (109 hp/320 Nm) dan motor elektrik pada gandar belakang (111 hp/166 Nm).

Secara keseluruhan, gandingan sistem trenkuasa hibrid ini membolehkan 508 PSE ini menghasilkan kira-kira 355 kuasa kuda dan 520 Nm dan memberika pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 2 liter untuk setiap 100 km.

 


Dengan sistem pacuan semua roda dan transmisi automatik lapan kelajuan, Peugeot 508 PSE mampu memecut sepantas 5.2 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Pek bateri berkapasiti 11.5 kWh itu mampu membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 42 km sebelum dicas kembali dalam masa kurang 2 jam dengan menggunakan wallbox 7 kW.

Antara kelengkapan unik yang pada pada Peugeot 508 PSE ini termasuklah kit badan eksklusif merangkumi bampar hadapan dengan ciri winglet, gril yang berbeza, skirt sisi,  diffuser belakang serta rim bersaiz 20 inci.

 


Kelengkapan di dalam ruang kabin terdiri daripada i-cockpit, paparan head-up, sistem audio premium, tempat duduk dengan fungsi urut dan pemanas untuk pemandu, serta ciri keselamatan seperti kawalan pemanduan adaptif dengan fungsi berhenti dan mula, brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan serta fungsi pandangan malam.

Untuk luaran, terdapat tiga warna ditawarkan iaitu Selenium Grey, Nera Black dan Pearl White, sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan bahan upholsteri bespoke.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut temubual yang dijalankan oleh Auto Express, ketua eksekutif Jean-Philippe Imparato…