Peugeot 508 PSE - sedan dan wagon Peugeot paling berkuasa, 355 hp, AWD, 0-100 km/j 5.2 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas pelancaran model facelift crossover 3008 dan 5008, pengeluar automotif singa Perancis Peugeot menampilkan sesuatu yang unik baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dilihat dengan lebih teliti, model 508 'baharu' yang diperlihatkan ini sebenarnya merupakan kombinasi sedan dan wagon paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Peugeot berdasarkan Concept 508 Peugeot Sport Engineered tahun 2019.

 


Prestasi kedua-dua model sedan dan wagon 508 ini disumbangkan oleh penggunaan enjin empat silider sebaris 1.6 liter turbo dengan angka output 197 kuasa kuda dan 300 Nm, dibantu dengan motor elektrik hadapan (109 hp/320 Nm) dan motor elektrik pada gandar belakang (111 hp/166 Nm).

Secara keseluruhan, gandingan sistem trenkuasa hibrid ini membolehkan 508 PSE ini menghasilkan kira-kira 355 kuasa kuda dan 520 Nm!

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, membenarkan pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 5.2 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j (dihadkan secara elektronik).

Sementara kelajuan tertinggi ketika menggunakan kuasa elektrik dihadkan kepada 135 km/j.

Pek bateri yang dilengkapkan pada 508 PSE ini berkapasiti 11.5 kWh dan membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 42 km (data WLTP).

Masa pengecasan pula hanyalah sekitar kurang dua jam dengan menggunakan peranti wallbox 32-amp.

 


Aspek pemanduan diberikan penumpuan dengan memasang penyerap hentak dengan tiga tetapan, jarak trek hadapan dan belakang yang ditambah, sistem brek angkup empat omboh dan rotor brek 380 mm di hadapan, serta penggunaan tayar Michelin Pilot Sport 4S.

Terdapat sehingga lima mod pemanduan ditawarkan iaitu:

  • Electric - mematikan operasi enjin pada kelajuan sehingga 135 km/j
  • Comfort - talaan suspensi yang lebih lembut
  • Hybrid - pilihan antara dua sumber kuasa
  • Sport - 355 hp sedia untuk dihamburkan, dengan talaan stereng, suspensi dan pendikit yang lebih agresif
  • 4WD - menawarkan kadar cengkaman maksimum dalam keadaan jalan yang licin

 


Ruang kabin 508 PSE masih lagi membawakan reka letak yang sama seperti Peugeot 508 standard, dengan sistem i-Cockpit bersaiz 10 inci dan kunci fizikal 'piano key' yang menjadi identiti Peugeot.

Cuma, ia diberikan kemaskini yang lebih agresif merangkumi upholsteri jahitan hijau terang, grafik khusus pada skrin paparan, tempat duduk balutan kulit, mesh dan Alcantara, serta sistem audio premium Focal sebagai ciri standard.

Model sedan dan wagon paling berkuasa ini hanya akan muncul di pusat pameran Peugeot Eropah menjelang separuh pertama tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perubahan rekaan yang besar boleh dilihat pada bahagian luar di mana kedua-dua model sedan dan…
Berita Domestik
Menurut laporan rakan media Paultan yang memetik info daripada Maybank IB Research, Bermaz Auto…
Berita Global
DS 9 merupakan sedan mewah bersaiz pertengahan yang dibangunkan daripada platform pacuan roda…