Peugeot dapat pusat servis 3S serba baharu di Glenmarie

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengimport dan pengedar rasmi baharu jenama Peugeot, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAA) melancarkan pusat servis 3S utama mereka di Glenmarie.

Pusat servis kali ini memaparkan identiti baharu jenama itu dan lengkap dengan segala macam fasiliti untuk memastikan pemilik-pemilik yakin dengan produk mereka.

Ia juga menggambarkan titik permulaan baharu Peugeot di Malaysia di bawah BAA.

Pusat servis itu lengkap dengan 21 ruang servis serta sistem diagnostik terkini Peugeot. Dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin sehingga Jumaat dan 8 pagi sehingga 12 tengahari untuk hari Sabtu, ia terletak di Lot.15, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park U1, 40150, Shah Alam, Selangor.

 

 

Pusat servis ini turut dibuka untuk pelanggan-pelanggan Citroen dan DS yang turut berada di bawah lembayung Kumpulan Stellantis.

Untuk menempah sesi servis anda, hubungi Pusat Servis Peugeot Glenmarie di 03-5021 2300 (sambungan 2402/2403). Anda juga boleh melayari laman web customer.peugeot.com.my untuk membuat temujanji secara atas talian.

Untuk pemilik Peugeot, Citroen dan DS sedia ada, anda boleh juga mengisi informasi anda di https://baasb.com.my/Peugeot/index.html untuk rujukan mereka di masa hadapan untuk tujuan waranti dan sebagainya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, Bermaz Auto Alliance baru-baru ini cuba memecahkan tradisi tersebut dengan memperlihatkan…
Berita Global
  Untuk projek ini, badan Peugeot 205 GTI diperkemaskan dengan lapisan anti karat dan…
Berita Global
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp…