Peugeot dedah susun atur i-COCKPIT 3008 generasi baharu, pelancaran September ini

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai pembaca yang perasan, Peugeot 3008 yang ada di pasaran ini sebenarnya merupakan model SUV generasi kedua yang telah pun wujud sejak dari tahun 2016 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menjelang pelancaran rasmi model baharu SUV berjenama singa Perancis yang akan berlangsung pada separuh kedua tahun ini, Peugeot turut mengambil kesempatan memperlihatkan rekaan sebenar susun atur papan pemuka i-Cockpit Peugeot 3008 generasi baharu.
 

peugeot


Berdasarkan pengamatan, susun atur i-Cockpit Peugeot 3008 dilihat jauh lebih moden, seiring dengan trend yang diikuti oleh kebanyakan pengeluar automotif global.

Ia tampil dengan rekaan roda stereng serba baharu, diikuti dengan panel melengkung bersaiz 21 inci berdefinisi tinggi yang menggandingkan skrin kluster digital dan skrin infohibur.
 

peugeot


Sementara di bahagian bawah corong pendingin hawa tengah pula disertakan panel sensitif sentuhan yang menempatkan butang fungsi menggantikan gugusan butang ala kunci piano pada model terdahulu.

Menariknya, pemilik boleh menetapkan akses pantas kepada 10 fungsi mengikut keperluan, seperti stesen radio kegemaran, suhu ideal untuk ruang kabin dan sebagainya.
 

peugeot


Konsol tengah pula nyata ringkas di mana hanya beberapa butang fungsi sahaja yang masih dikekalkan, sementara tombol penukaran gear pula telah dialihkan pada bahagian papan pemuka.

Bukan itu sahaja, ruang kabin Peugeot 3008 bakal dihiasi dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi termasuklah fabrik dan trim aluminium, serta dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien.
 

peugeot


Peugeot 3008 generasi baharu akan didedahkan secara rasmi pada bulan September ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Crossover segmen C ini bukan sahaja akan ditawarkan dalam versi elektrik, akan tetapi versi hibrid…
Berita Global
Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran…
Berita Domestik
Pakej terbaharu ini tertakluk kepada model-model crossover seperti 2008, 3008, dan 5008 yang dijual…