Peugeot e-LEGEND rangkul anugerah kereta konsep tercantik pernah dihasilkan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bertempat di Festival Automobil Antarabangsa yang ke-34 di Hotel des Invalides, Paris, Peugeot telah berjaya merangkul dua anugerah bagi dua buah model kereta yang berasingan. 

Menerima undian sebanyak 34%, sedan segmen D dari Peugeot, iaitu Peugeot 508 baharu menerima penganugerahan Most Beautiful Car of the Year 2018, manakala model konsep e-LEGEND pula merangkul anugerah Most Beautiful Concept Car. 

CEO Peugeot, Jean-Philippe Imparato dan Pengarah Rekaan Peugeot, Gilles Vidal diberikan penghormatan untuk menerima anugerah untuk setiap kategori yang dimenangi. 
 


Sejak pelancaran di Eropah Oktober tahun lalu, sedan 508 berjaya mengutip lebih daripada 10,000 tempahan. 

Peugeot e-LEGEND pula berjaya menambat hati para juri dengan konsep yang dibawakan dari aspek automotif, fesyen, rekaan dan seni bina cukup untuk menggambarkan visi masa hadapan kenderaan autonomi, elektrik, serta mobiliti terhubung seperti yang digambarkan oleh Peugeot. 

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, Hezeri Samsuri sempat terbang ke Monaco untuk memandu uji Peugeot 508 di sana. 

Ikuti ulasan beliau menerusi pautan video di bawah ini.