Peugeot hadir dengan motosikal twin-cylinder berkonsepkan retro moden di EICMA 2019

oleh Mohamad Hanif|
Umum lebih mengenali jenama Peugeot sebagai sebuah jenama automotif dan sesetengahnya mengenali jenama Perancis tersebut menerusi penampakan pada perkara yang bukan berkaitan pada automotif pun!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baca: #2Kerja Syarikat Automotif Sedunia

Namun, Peugeot sebenarnya hadir lebih awal menerusi Peugeot Motorcycles, dan walaupun dengan nama 'Motorcycles', Peugeot Motorcycles lebih sinonim dengan penghasilan skuter di 60 buah negara. 

Untuk acara EICMA 2019, Peugeot Motorcycles yang kini berada di bawah naungan Mahindra hadir dengan beberapa penawaran terbaharu, yang mana anda tidak akan menyangka ia sebenarnya produk Peugeot!

Model pertama yang menarik perhatian media sebenarnya bukanlah sebuah skuter, sebaliknya sebuah motosikal sempurna yang memiliki rekaan retro moden. 

Motosikal dengan enjin dua silinder sejukan cecair ini didatangkan dengan fork hadapan jenis terbalik, rekaan lampu bulat dengan lampu DRL taring ikonik Peugeot dan lampu membelok yang terletak di penghujung handlebar. 

Model konsep retro ini tidak mempunyai sebarang nama, namun kehadirannya bakal memeriahkan industri dua roda yang kini semakin menerima gabungan konsep moden retro ini. 

Selain daripada itu, Peugeot Motorcycles juga mempunyai beberapa model yang dipamerkan seperti:
 

Peugeot Metropolis RS Concept


Skuter maxi dengan tiga roda ini memiliki rupa bentuk yang impresif, terima kasih kepada penggunaan rim yang besar serta reka bentuk fairing agresif yang menyempurnakan muka hadapan jentera ini. 

Model Metropolis RS sedia ada merupakan sebuah skuter bersesaran 400 cc serta memiliki rim bersaiz 13 inci dan ternyata model konsep yang dipamerkan ini merupakan naik taraf daripada model yang terdahulu. 
 

Peugeot Django 125 ABS Blue


Skuter bersesaran 125 cc ini tidak syak lagi memiliki rekaan retro yang sangat cool, diinspirasikan daripada skuter lagenda Peugeot S55 yang pernah memasuki pasaran tahun 1953. 

Dijana dengan enjin sejukan udara, ia mampu menghasilkan 10 kuasa kuda dengan kelajuan maksima 90 km/j dengan bacaan penggunaan bahan api serendah 2.9 liter untuk setiap 100 km. 

Harga jualan Peugeot Django 125 ABS Blue ini bermula dari €3,349 (RM15,275). 

 

Peugeot e-Ludix


Skuter sifar emisi ini memiliki kuasa yang setanding dengan skuter bersesaran 50 cc, dihasilkan untuk beberapa keperluan seperti perkongsian kenderaan, penghantaran barang dan juga keperluan peribadi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut satu kajian yang dijalankan terhadap para pengunjung acara EICMA 2019 dan juga pembaca yang…