Peugeot hasilkan 208 R2 - jentera ralli aras mula, harga dari RM238 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peugeot telah menerbitkan beberapa keping gambar yang memaparkan sebuah kereta rally aras mula Peugeot 208 yang bakal memasuki pasaran lewat tahun ini. 

Peugeot 208 R2 ini dibangunkan berdasarkan generasi baharu 208 namun enjin 1.6 liter (185 kuasa kuda) yang digunakan pada generasi kereta R2 terdahulu telah digantikan dengan enjin baharu. 

 


Nadi tiga silinder sebaris 1.2 liter PureTech berkuasa turbo itu kini tidak dinyatakan kuasa outputnya namun dikatakan lebih berkuasa terima kasih kepada kehadiran turbo yang lebih besar, kotak gear sequential dan ECU berprestasi tinggi. 

Menurut pengarah Peugeot Sport, Bruna Famin berkata, mengikut regulasi R2 baharu, Peugeot 208 R2 ini juga bakal menampilkan casis yang lebih ringan 50 kg (berbanding casis terdahulu) menjadikan peningkatan kuasa yang dibawakan lebih signifikan.


Walaupun versi empat pintu, Peugeot 208R2 ini tidak menampilkan tempat duduk baris belakang, sebaliknya sangkar keselamatan dipasang secara standard dari kilang. 

Untuk sebuah jentera ralli aras mula yang berpatutan, Peugeot Sport menjual sebuah 208R2 yang siap dibina pada harga £44,000 (RM237,515) sahaja. 


Melihatkan kepada jentera di atas, penulis terfikir agak menarik juga jika sebuah Proton Iriz dijual sebagai jentera ralli aras mula dengan spesifikasi ralli kelas R2. 

Paling tidak, ia akan menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai sukan ralli yang agak hambar ketika ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pun begitu, Peugeot tetap rajin mengemaskini penawaran model hatchback mereka dengan memberikan…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit,…
Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…