Peugeot hasilkan basikal elektrik - jarak operasi sejauh 140 km!

oleh Mohamad Hanif|
Di kota-kota besar di mana harga pemilikan kenderaan adalah tidak selari dengan pendapatan bulanan (dan cuaca yang nyaman sepanjang tahun), basikal menjadi pilihan utama untuk menghadapi keadaan trafik yang kian sibuk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jadi, Peugeot Cycles selaku pengeluar basikal yang sudah pun lama diasaskan semenjak tahun 1882 kini memperkenalkan sebuah basikal elektrik yang diberi nama "eM01 FS PowerTube".

Sebelum kita menyentuh spesifikasi, setiap aksara pada nama yang diberikan oleh Peugeot membawa maksud tersendiri di mana:
e - elektrik
M - Mountain bike
01 - basikal premium
FS - full suspension
PowerTube - pek bateri yang diintegrasikan di dalam rangka

 


Menggunakan motor elektrik Bosch Performance CX, ia mampu menghasilkan daya kilas sebesar 75 Nm, jauh lebih besar berbanding motosikal Ysuku anda!

Walaupun daya kilasnya itu memberikan pecutan yang mendadak, demi keselamatan, kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 25 km/j sahaja. 

Di dalam rangka basikal ini, Peugeot telah menempatkan pek bateri sebesar 62 Wh yang membenarkan jarak operasi sejauh 140 km,


Jarak operasi yang jauh itu turut disumbangkan oleh penggunaan rangka yang sangat ringan, dibantu oleh pakar daripda Antidote Solutions. 

Sistem suspensi basikal ini diperoleh daripada Rockshox, pembangun suspensi hadapan dan belakang basikal berprestasi tinggi, manakala rim bersaiz 29 inci memberikan jarak kelegaan yang tinggi, bersesuaian dengan sifatnya sebagai sebuah basikal gunung. 

eM01 FS PowerTube hanya akan dipasarkan menjelang tahun hadapan dan bakal ditawarkan dalam lima versi yang berbeza. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…