Peugeot lancar dua EV baharu - E-308 & E-308 SW, jarak gerak lebih 400 km

oleh Mohamad Hanif|
Di Eropah, Peugeot telah pun melancarkan dua buah model baharu yang merupakan varian elektrik sepenuhnya E-308 dan wagon E-308 SW.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 156 hp dan daya kilas 260 Nm yang dibantu dengan empat mod pemanduan (Normal, Eco, Sport dan Brake).

Pek bateri berkapasiti 54 kWh dengan senibina 400 voltan itu diperbuat daripada 80 peratus bahan nikel, 10 peratus mangan dan 10 peratus lagi kobalt.
 

peugeot


Tiada angka muktamad berhubung jarak gerak diumumkan, namun menurut Peugeot kedua-dua model ini dikatakan mampu mencapai jarak melebihi 400 km untuk sekali cas penuh.

Peugeot E-308 dan E-308 SW turut dilengkapi dengan pengecas tiga fasa on-board berkuasa 11 kW, sementara pengecasan pantas 100 kW pula membolehkan bateri dicas dari 20 hingga 80 peratus dalam masa kurang 25 minit.
 

peugeot


Selain itu, Peugeot turut memfokuskan kepada tahap kecekapan aerodinamik, di mana bahagian depan telah dioptimasikan, diikuti dengan bahagian bawah badan dan rim aluminium bersaiz 18 inci yang telah direka semula, dibaluti tayar bergeseran rendah sebagai ciri standard.

Disebabkan itu, Peugeot mendakwa tahap penggunaan tenaga secara purata adalah sekitar 12.7 kWh untuk setiap 100 km.
 

peugeot


Berkongsi platform yang sama dengan model 308 berenjin pembakaran dalaman, rekaan ruang kabin tidak banyak membawakan perbezaan, di mana ia menampilkan generasi terkini Peugeot i-Cockpit, roda stereng kecil dengan ciri pemanas, paparan head-up tiga dimensi dan skrin tengah bersaiz 10 inci.

Setakat ini, Peugeot tidak mengumumkan harga jualan untuk kedua-dua model E-308 dan E-308 SW.

Baca: Peugeot 308

Baca: Peugeot 308 SW

Baca: Peugeot 308 dikesan di Pulau Pinang

Berita Berkenaan

Berita Global
  Untuk projek ini, badan Peugeot 205 GTI diperkemaskan dengan lapisan anti karat dan…
Berita Domestik
Pakej penyelenggaraan lima tahun itu turut membolehkan model-model Peugeot di Malaysia mempunyai…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…