Peugeot Landtrek 2023, enjin diesel 1.9L, 150 PS, harga anggaran dari RM123k

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sudah biasa dengan jenama automotif Perancis ini, jarang sekali Peugeot dikaitkan dengan model trak pikap.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, Bermaz Auto Alliance baru-baru ini cuba memecahkan tradisi tersebut dengan memperlihatkan trak pikap Peugeot Landtrek yang bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan.
 

Peugeot


Sebagai makluman, Peugeot Landtrek sebenarnya bukanlah produk asli daripada pengeluar tersebut, ia merupakan versi tukar lencana daripada trak pikap Changan Kaicheng F70 dari China, dan dikhususkan pengeluarannya untuk pasaran Afrika dan Amerika Latin.

Ia membawakan dimensi sepanjang 5,330 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,819 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,180 mm.
 

Landtrek


Untuk pasaran Malaysia, Peugeot Landtrek ditawarkan dalam versi import (CBU) dengan enjin yang disumberkan daripada Isuzu, iaitu enjin diesel turbo 1.9 liter yang mampu menghasilkan 150 PS dan 350 Nm.

Sistem transmisi pula menggunakan jenis automatik enam nisbah kelajuan daripada Punch yang dipadankan dengan sistem pacuan empat roda.
 

Landtrek


Menjadikan penawaran trak pikap ini lebih menarik ialah bahasa rekaan Peugeot itu sendiri, di mana terdapat lampu nyalaan siang LED berbentuk taring, rekaan jeriji yang besar beserta logo singa besar yang terpampang depan dan belakang.

Unsur elemen rekaan Peugeot boleh didapati pada ruang kabin, di mana ia didatangkan dengan roda stereng dua jejari (daripada Peugeot 3008), suis kawalan fungsi stail piano di bawah corong pendingin hawa tengah, serta skrin infotainmen terapung 10 inci (daripada Peugeot 508).
 

Landtrek


Tidak dilupakan, fungsi moden yang kian menjadi satu kelaziman seperti sistem kamera keliling 360 darjah, Apple CarPlay, Android Auto, serta ciri keselamatan yang merangkumi enam beg udara, kawalan menurun cerun, program kestabilan elektronik, amaran keluar lorong dan cagak ISOFIX pada kerusi belakang.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan Peugeot Landtrek 2023 dianggarkan bermula dari RM123 ribu, dan ia bakal memeriahkan pasaran yang selama ini dikuasai oleh jenama Jepun dan Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…