Peugeot perkenal logo dan identiti korporat baharu

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, tahun 2018 Peugeot telah memperlihatkan sebuah model konsep e-Legend yang menampilkan logo Peugeot yang sama sekali berlainan dengan apa yang dipakai pada ketika itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, logo retro tersebut dijelmakan semula sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula Peugeot untuk menjadikan Peugeot jenama arus perdana yang lebih premium.

Menurut Peugeot, bahasa rekaan retro tersebut dipilih sebagai tanda penghargaan terhadap "konsep masa dan kehidupan pada ketika ini", merujuk kepada warisan dan masa hadapan Peugeot seperti mana yang digambarkan menerusi model konsep e-Legend 2018.

 

Peugeot e-Legend 2018


Emblem, logo baharu dua dimensi dan identiti baharu ini bakal muncul pada bahan promosi serta semua pusat pengedar Peugeot menjelang akhir tahun 2023 sebelum ia diaplikasikan pada kenderaan produksi.

Model pertama yang bakal memakai lencana baharu ini adalah hatchback 308 yang diberikan nafas baharu dan bakal diperlihatkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Pengenalan logo baharu ini merupakan logo yang ke-sebelas digunakan oleh Peugeot semenjak tahun 1850 dan bakal digunakan sebagai sebahagian daripada peralihan jenama itu terhadap proses elektrifikasi model-model sedia ada.

Peugeot berazam untuk mencapai 80 peratus daripada penjualan model di Eropah terdiri daripada model yang dielektrifikasi, dan 100 peratus menjelang tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…