Peugeot tampil dengan kereta konsep e-Legend coupe berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar kembali mengimbau kenangan silam apabila hadir dengan kereta konsep yang bercirikan retro-futuristik, seperti Honda dengan Sports EV dan Urban EV, Nissan dengan IDx Freeflow-nya dan kini Peugeot pula tampil dengan versi tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika sebelum ini Peugeot pernah hadir dengan beberapa buah kereta konsep dengan rekaan yang futuristik seperti InstinctL500 R Hybrid dan Fractal, kali ini mereka mengambil langkah yang berbeza dengan memperkenalkan coupe elektrik berkonsepkan retro.

Jika dilihat dengan teliti, coupe elektrik yang digelar e-Legend ini menampilkan rekaan berkotak retro-moden yang diinspirasikan daripada model coupe 504 yang hadir pada penghujung era 1960-an.
 


e-Legend dilengkapi dengan pek bateri berkuasa 100 kW yang memberikan kuasa kepada dua buah motor elektrik – satu untuk setiap gandar – dengan kuasa keseluruhan dicatatkan pada angka 456 bhp dan daya kilas maksimum 800 Nm!

Dengan keupayaan yang diberikan, ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang empat saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 218 km/j.
 


Sebagai sebuah kereta elektrik sepenuhnya, ia mempunyai jarak pengoperasian sejauh hampir 600 km dengan bantuan pengecasan pantas selama 25 minit untuk mencapai kapasiti penuh.

Dikatakan bahagian belakang e-Legend menampilkan lampu utama berkembar tiga rekaan tersendiri yang diambil dari model konsep Instinct dan Peugeot 508 terbaharu.

Bahagian dalaman pula memperlihatkan integrasi elemen retro seperti penggunaan tempat duduk rekaan klasik dan elemen kayu yang kemudiannya digabungkan dengan teliti kepada ruangan yang serba moden dan ringkas itu.
 

Peugeot e-Legend hadir dengan empat mod pemanduan yang terdiri daripada:

Pemanduan manual – stereng sebenar akan ‘dikeluarkan’ dari sebalik paparan skrin pada papan pemuka

  • Legend – ‘cruising mode’ yang memberikan imej klasik daripada 504 Coupe dengan elemen kemasan kayu dipaparkan pada skrin sentuh
  • Boost – mod pemanduan sporty

Pemanduan autonomi (swapandu)

  • Soft – pemanduan ditetapkan supaya lebih mendatangkan keselesaan kepada para penumpang, kurang informasi dipaparkan
  • Sharp – mod ini memaksimumkan penggunaan ciri mobiliti terhubung kepada aktiviti dalam talian

 
Peugeot bakal membuat pengenalan rasmi e-Legend ini menerusi acara Paris Motor Show pada Oktober nanti.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…