Peugeot ucap selamat tinggal kepada lencana ikonik GTi!

oleh Mohamad Hanif|
Akronim GTi (Grand Tourer Injection/Gran Turismo Iniezione) sudah sebati dengan beberapa model hot hatch dari Peugeot seperti 106 GTi, 205 GTi sehinggalah kepada generasi pertama 208 GTi dua pintu yang seksi itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, berdasarkan berita yang dilaporkan oleh AutoExpress UK, Peugeot dilihat tidak akan menggunakan semula lencana GTi untuk model hot hatch 208 terbaharu. 

Sebaliknya, ia akan digantikan dengan nama yang lebih panjang, Peugeot Sport Engineered.

Hot hatch 208 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi itu dikatakan bakal menggunakan trenkuasa elektrik sepenuh masa dan bukan enjin petrol sebagaimana lazimnya jentera-jentera GTi Peugeot. 
 


Ini mungkin antara sebab kenapa barisan pengurusan Peugeot Perancis enggan menggunakan kembali nama GTi dan lebih gemarkan nama yang lebih panjang Peugeot Sport Engineered. 

Nama Peugeot Sport Engineered ini pertama kali diperkenalkan pada model konsep 508 Peugeot Sport Engineered pada acara Geneva Motor Show tahun ini, memperlihatkan arah tuju baharu bagi kenderaan-kenderaan berprestasi tinggi jenama tersebut. 

Namun, barisan pengurusan dari Peugeot UK berkemungkinan besar akan 'berperang' untuk memastikan tiga huruf ikonik GTi itu terus kekal pada hot hatch 208, melihatkan kepada warisan dan ikutan yang ditinggalkan di negara tersebut. 

Mereka juga turut menggunakan contoh yang dibawakan oleh Porsche Taycan Turbo yang sama sekali tiada kaitan dengan turbo oleh kerana ia adalah sebuah kereta elektrik sepenuh masa. 

Sumber: Auto Express UK