PHS Automotive Malaysia kini pengedar rasmi kenderaan jenama Audi di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan ketibaannya ke pasaran Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Audi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PHSAM dimiliki sepenuhnya oleh pakar automotif Eropah, Porsche Holding Salzburg (PHS) yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Volkswagen dan mereka akan bertanggungjawab dari segi jualan, pemasaran dan selepas jualan kenderaan Audi di Malaysia.

PHSAM diketuai oleh dua orang Pengarah Urusan iaitu Erik Winter dan Kurt Leitner yang turut memegang jawatan sama di Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Mereka berdua memainkan peranan yang penting dalam menaikkan jenama Volkswagen di sini, termasuklah mengembangkan model pemasangan tempatan (CKD).
 

PHS


“Kami komited untuk mengembangkan jenama Audi di Malaysia. Memandangkan ia mempunyai ramai peminat setia, maka potensi di pasaran ini memang bagus. Fokus kami adalah untuk mengukuhkan rangkaian model SUV, S line, quattro dan model elektrifikasi,” kata Erik.

Rangkaian produk sedia ada termasuklah A5, A7, Q3, Q5, Q8 dan model berprestasi tinggi RS.

Proses pengurusan kini sudah pun berjalan dengan keutamaan diberikan ke atas aspek perkhidmatan selepas jualan dan menambah baik rangkaian pengedar sedia ada.  

Kenderaan Audi yang dibeli bermula 1 Julai akan hadir bersama jaminan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun, serta penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…