Phuket 'ditutup' bermula 3 Ogos

oleh SALINA JALIL|
Gabenor Phuket pada Jumaat memerintahkan keseluruhan pulau peranginan itu ditutup, serta melarang kemasukan pengembara dari wilayah lain bermula 3 Ogos.


Bangkok Post melaporkan, dengan arahan terbaru itu, nasib kempen ‘Phuket Sandbox’ menjadi tanda tanya.


Perintah yang ditandatangani Gabenor Narong Woonciew pada Khamis itu, menggariskan sekatan yang lebih ketat di Phuket.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Orang dari luar dilarang memasuki pulau itu kecuali mereka yang bekerja menghantar barangan keperluan, pelajar, dan perkhidmatan perubatan kecemasan.

 

Begitupun, golongan itu perlu divaksin sepenuhnya dan wajib menunjukkan bukti pemvaksinan itu di pintu masuk.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Kajornsak Kaewjaras berkata, pihaknya akan memantau situasi Covid-19 di Phuket sepanjang dua minggu ke hadapan untuk membuat keputusan sama ada ‘Phuket Sandbox’ boleh diteruskan.

 

Phuket, katanya, telah menjalankan usaha yang baik untuk mengawal Covid-19.

 

Daripada 12,395 pelancong asing yang memasuki pulau itu, 30 orang yang positif Covid-19 telah dikenal pasti dan dikuarantin.

 

"Wilayah ini telah berjaya menjejaki semua pelawat yang positif Covid-19 dan menghalang penularan dalam kalangan komuniti setempat,” ujarnya.

 

Kajornsak berkata, perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan juga mematuhi langkah-langkah pencegahan.

 

Sejumlah 148 kes jangkitan telah dilaporkan pada minggu lalu, dan semuanya berasal dari wilayah lain, manakala ada penduduk asal Phuket yang didapati positif itu bekerja di wilayah lain dan kembali untuk mendapatkan rawatan perubatan.

 

"Sekarang ini, terdapat sembilan kluster aktif di Phuket dan semuanya sedang dikuarantin. Kami akan memantau situasi dalam masa dua minggu ini untuk mengenal pasti sama ada fasiliti kuarantin di sini mencukupi,” ujarnya.

 

Sistem penjagaan kesihatan di Phuket kini beroperasi pada kapasiti 36 peratus, dan masih boleh mengendalikan kes baharu tanpa kes serius yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Bantuan itu dihantar menggunakan dua pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada pagi Khamis.

 

 

 

- Sumber Awani


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan dari Balai Polis Chalong, Hamish Day, 36, dan Oscar Day, 38, didakwa menunggang…
Berita Global
Buat pertama kali selepas 15 bulan, akhirnya pada 11.10 pagi (waktu tempatan) Lapangan Terbang…
Berita Global
Menurut Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, keputusan tersebut dibuat memperlihatkan kepada wabak…