PIAM, MTA lancar kempen keselamatan jalan raya bertemakan #steadybrader

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya PIAM-MTA 2022 bertemakan #steadybrader.

Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan mempromosikan pemanduan yang selamat, dan dalam masa yang sama menggalakkan pengguna jalan raya untuk kekal bertenang ketika di atas jalan raya.

Kerika pelancaran kempen, Pengerusi PIAM Antony Lee berkata, "menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara purata 1.25 juta orang mati setiap tahun akibat kemalangan jalan raya, dan menjelang 2030 WHO menganggarkan angka ini semakin meningkat dan mampu menjadi penyebab utama kematian selepas sakit jantung, penyakit serebrovaskular, pulmonari kronik dan jangkitan pernafasan.

Di Malaysia pula, data daripada statistik PDRM tahun 2019 menunjukan sebanyak 6,167 orang maut akibat kemalangan jalan raya, atau 17 kematian setiap hari.
 

PIAM


Oleh sebab itu, kempen yang dilancarkan pada tahun ini turut merangkumi aktiviti seperti:

  • kempen kesedaran menerusi media digital
  • siri kuiz pendidikan keselamatan jalan raya
  • inisiatif jangkauan komuniti
  • program kolaborasi bersama agensi kerajaan dan syarikat yang mempunyai visi untuk jalan raya selamat

Pelancaran kempen turut melibatkan sesi perbincangan panel secara langsung melibatkan YBhg Datuk Lokman bin Jamaan, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ; YDH. Supt Dr Bakri bin Haji Zainal Abidin, Ketua Pengarah Bantuan (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM; Antony Lee, Pengerusi PIAM dan Mohamed Sabri bin Ramli, Naib Pengerusi MTA.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…
Berita Domestik
Dana CSR tersebut berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM2.43 juta sejak dimulakan pada Januari 2022…
Berita Domestik
  "Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat…